Sijil Penghargaan dari Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor |
Ia telah dikendalikan oleh Tuan Imam Mohamad Haji Husin dan Tuan Bilal Haji Kamari. Dua orang tokoh ini merupakan orang yang banyak pengalaman dan kemahiran di dalam pengurusan jenazah di Felda Pemanis amnya, dan Pemanis Dua khususnya. Tuan Imam dan Bilal telah memberikan sedikit teori dan menjalankan amali 3 dari 4 perkara yang wajib disempurnakan apabila seorang Muslim itu meninggal dunia.
Ini merupakan kali kedua ia diadakan. G2 pernah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah 2010, kira - kira 4 tahun lalu. Modelnya ketika itu adalah Zul Azli Muji dan diadakan di Masjid Felda Pemanis Dua.
Generasi Z, mereka yang lahir lewat tahun 1990 - an dari kelompok pelajar Tingkatan 3 (Batch 1999) telah dipilih untuk mengikuti program ini. Mereka baharu sahaja selesai menjalani Penaksiran Tingkatan 3 atau PT3.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Cik Syammiah Daud, Ketua Unit Modal Insan, Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC - Johor Youth Development Centre). Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ada ilmu yang dapat kita perolehi.
Persatuan Belia G2 merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih semua. SMK Pemanis sebagai tuan rumah. Pusat Pembangunan Belia Daerah Segamat, Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC), Tuan Imam Mohamad Haji Husin, Tuan Bilal Haji Kamari, Zura dan rakan - rakan, Cik Syammiah Ketua Unit Modal Insan JOYDEC, Ustaz Mutti dan Ustazah. Paling bernilai untuk adik - adik Batch 1999 SMP. Cikgu Rohaya GPK 1 dan paling berani tentunya model jenazah iaitu Makkah. Rakan - rakan G2 yang sentiasa berikan sokongan. Kita telah sempurnakan pemindahan ilmu Fardhu Kifayah.
Di belakang tabir, Amin dan Fazrul Razi menyiapkan sijil - sijil penyertaan kursus. Azhairel dan Hafizan sebagai urusetia teknikal.
Di belakang tabir, Amin dan Fazrul Razi menyiapkan sijil - sijil penyertaan kursus. Azhairel dan Hafizan sebagai urusetia teknikal.
Gambar - gambar penuh boleh dilihat di sini : Kursus Pengurusan Jenazah
Manakala berikut adalah 4 klip video sepanjang program yang sempat dirakam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)