Program Kepimpinan Organisasi Tahap 2 Fasa 1 telah diadakan pada 28 - 30
November 2014 di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Jementah. Ia adalah untuk Daerah
Segamat, Muar / Ledang, Kluang dan Batu Pahat.
Program ini adalah anjuran Jabatan
Belia dan Sukan Negeri Johor di mana Pejabat Belia dan Sukan Daerah
Segamat sebagai tuan rumah. Program telah ditutup secara rasmi oleh YB Anuar
Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang. Seramai 37 orang peserta
dari 5 daerah (Fasa 1) dalam negeri Johor telah menyertainya. Peserta telah melalui pelbagai slot yang terdiri dari ceramah, kerja kumpulan, pembentangan, riadah dan sesi perbincangan.
Persatuan
Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar 9 orang adik - adik pemimpin muda
dalam kursus berkenaan iaitu Azhari Imran, Fazrul Razi, Badrul Halim, Nur
Iman Abdullah, Nabil Akmal, Haikal Misdi, Aydil Rafaei, Mohd Faiz
Rahmat dan Muhammad Alif. Tiga orang fasilitator dari Persatuan juga
menumbang tenaga menjayakan program.
Antara slot yang disentuh adalah
Nilai dan Etika Kepimpinan, Pengurusan Strategik, Pengurusan Prestasi,
Pemasaran Strategik, Penyelesaian Masalah Secara Kreatif dan Kemahiran
Berunding dan Negosiasi. Tahniah kepada semua yang telah menamatkan
program.
Turut bersama di dalam sesi adalah Tuan Rahim Sharif, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Zul Sharif Md Nawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.
Berikut adalah gambar penuh yang dimuatkan di dalam Facebook Belia Felda Pemanis.
Manakala yang ini adalah 3 klip video yang berkenaan program tersebut :
Terima kasih kepada semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)