

Kursus ini menghimpunkan kira - kira 35 orang belia dalam Daerah Segamat. Antara Persatuan yang memberikan respon menghantar penyertaan adalah : Persatuan Belai G2 Felda Pemanis, Persatuan Belia Melayu Baru Taman Yayasan, Persatuan Belia Bersatu Kg Tenang, Persatuan Belia MBFM Felda Medoi, Persatuan Belia MBFM Felda Cemplak dan Persatuan Belia Batu Anam.
Ia mempunyai matlamat seperti berikut :
- Melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif di dalam organisasi/ persatuan di pelbagai peringkat.
- Melahirkan tenaga pelatih sama ada sebagai penceramah/ fasilitator/ jurulatih di dalam bidang kepimpinan.
- Membangunkan peserta menerusi penyertaan ke program-program kompetensi kepimpinan yang lebih tinggi.
Pelaksanaan kursus ini merangkumi beberapa metodologi pembelajaran seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Permainan Interaktif, Perkongsian Ilmu, Ceramah, Kumpulan Dinamik, Simulasi dan Rekreasi.
Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator, jurulatih serta penceramah yang berpengalaman/ bertauliah. Bagi Modul Pengurusan ia dikendalikan oelh Fasilitator dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Manakala untuk Modul Kepimpinan, ia dikendalikan oleh Jurulatih Multiskil, PLKN Kem Telok Sari, Mersing.
Untuk Modul Pengurusan, para peserta telah didedahkan dengan sub modul - sub modul berikut : (1) Penulisan dan Dokumentasi - Laporan, Kertas Kerja, Rekod, Fail, Surat dan Minit Mesyuarat (2) Simulasi Mesyuarat (3) Pengurusan Kewangan - Penyata Kewangan dan Mekanisme Pemberian Bantuan NGO (PB)
Manakala Modul Kepimpinan pula menjurus kepada perkara - perkara berikut : (1) Kepimpinan, Pemimpin dan Pengikut (2) Cabaran Pasukan (3) Visi Komunikasi
Setiap peserta akan menjalani penilaian yang akan diadakan dari masa ke semasa seperti berikut:
a. Penilaian Kumpulan (Cabaran Pasukan).
b. Penilaian Kefahaman Pembelajaran (Soalan Objektif).
c. Penilaian Individu (Kepimpinan, Komitmen, Penglibatan, Disiplin, Kerjasama, Ketrampilan).
Mereka juga menduduki peperiksaan di mana perlu menjawab 25 soalan objektif dalam masa 30 minit. Zainornatikah Abu Talib dan Iqbal telah diumumkan sebagai salah seorang peserta terbaik (wanita) Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat. Hadiah disampaikan oleh Tuan Abd Rahim Md Shariff, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Beikut pula adalah 6 klip video sepanjang kursus :)
Tahniah kepada Pegawai Projek, Encik Mohd Hayadde Hamzani dan semua yant menjayakan kursus ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)