Rabu, 30 September 2015

[172] Enam Tahun Facebook Belia Felda Pemanis

Hari ini, 30 September 2015 genaplah enam tahun usia Facebook Belia Felda Pemanis. Ia dimulakan pada 30 September 2009. Akaun dimiliki da diuruskan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Unit Komunikasi, ICT dan Media Digital. Facebook ini boleh diakses di URL www.facebook.com/beliag2pemanis, tanpa sebarang sekatan untuk tatapan awam yang mempunyai akaun Facebook.



Sempena enam tahun itu, mari kita baca sepintas lalu sebuah rencana khas mengenai Facebook Belia Felda Pemanis khususnya dan penggunaan media sosial amnya yang menjadi sebahagian dari mekanisme komunikasi dan pengurusan di dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.





Promosi Kegiatan Persatuan
  • Mengunakan media sosial (Facebook, Twitter, YouTube, Blog, Instagram dan lain lain aplikasi untuk menghebahkan kegiatan yang bakal dijalankan oleh Persatuan.
  • Menjadikan media sosial ini sebagai saluran rasmi untuk hebahan dan pengumuman aktiviti.





ICT, Media Sosial Untuk Khidmat Komuniti
  • Melaksanakan hebahan pengumuman yang bermanfaat kepada komuniti setempat supaya info dapat dicapai dengan segera, lebih ramai yang mengetahui dan tindakan boleh diambil..
  • Menunaikan tanggungjawab sosial Persatuan kepada komuniti.
  • Menghubungkan anak – anak Felda Pemanis yang jauh diperantauan (belajar atau bekerja) dengan info dalaman dan perkembangan yang berlaku.
  • Antara info yang dibekalkan : Hebahan kematian, peluang pekerjaan, gangguang bekalain air / elektrik atau apa sahaja pengumuman.



Organisasi Pertama Mempunyai Akaun Media Sosial dan Komunikasi Menerusi Internet
  • Ketika memulakan akaun Facebook Persatuan pada tahu 2009, tidak ramai yang mempunyai akaun itu. Persatuan merintis dan secara konsisten dapat mengubah dan menyatukan lebih 5,000 anak Felda Pemanis di dalam komuniti maya Facebook. Ia menjadi platform terbaik sehingga hari ini selama 6 tahun dalam penyebaran maklumat.
  • Persatuan juga secara konsisten menyelenggara Laman Blog Persatuan selama 6 tahun, menjadi semakin baik dan komprehensif.
  • Persatuan adalah organisasi pertama dalam komuniti yang mempunyai Saluran Video YouTube yang menghimpun sehingga kini melebihi 500 koleksi klip video.
  • Semua mekanisme ICT dan media sosial dalam perenggan ini mengubah cara komuniti berkomunikasi, melihat perkembangan dan menilai laporan aktiviti.


Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, memberikan kerjasama, pandangan, kritikan, ulasan, cadangan, 'like', komen dan apa jua maklumbalas kepada kami menerusi semua 'posting' di Facebook Belia Felda Pemanis. Tiada anda, tiadalah kami. Terima kasih semua :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...