Isnin, 25 Januari 2016

[186] Menggapai Impian Emas - Bahagian 1

Bermula dengan Emas sulung di dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke Of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) pada tahun 2015 menerusi Mohd Firdaus Zainal Abidin, Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengorak langkah dan gerak kerja yang lebih tersusun dan sistematik untuk meneruskan kecemerlangan.

Justeru, untuk sesi tahun 2016, G2 menggerakkan beberapa orang peserta Tahap Emas untuk lebih giat berusaha dalam mencapai Misi Emas 2016. Sebagaimana maklum, di awal tahun, 2 orang peserta Emas telah berjaya menyerahkan Laporan Peserta Emas masing - masing, iaitu Hasni Zaini dan Idham Jalak.







Siri Projek Penempatan dan Jelajah Lasak diatur. Buku Rekod catatan untuk komponen - komponen wajib ARPRM Tahap Emas dipantau, disemak dan dinilai untuk memastikan bahawa para peserta Tahap Emas mematuhi kaedah perekodan yang betul. Ia juga bagi memastikan kualti peserta berada pada tahap yang terbaik.










Kaedah permentoran dan penilaian dikemasiki. G2 menubunuhkan Pasukan Khas Projek Tahap Emas yang terdiri dari barisan Mentor, Panel Penilai Dalaman dan para peserta Tahap Emas. Satu jadual khusus yang melibatkan semua peserta Tahap Emas telah dihasilkan.



Gambar - gambar yang dipaparkan di sini adalah sebahagian dari gerak kerja perekodan peserta Tahap Emas di bawah G2 yang dipantau secara intensif sejak bulan Oktober 2015.

Sambungan di Bahagian 2 untuk sebahagian lagi aktiviti perekodan dan penilaian akan menyusul.

Sabtu, 23 Januari 2016

[185 : G2] Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Sistem Online UPU - Batch 1998

Pagi Jumaat, 22 Januari 2016. Sekali lagi tahun ini G2 dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua mengadakan Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Pengisian Borang Sistem UPU Online untuk lepasan SPM 2015 Batch 1998.



Program dimulakan dengan taklimat keseluruhan peluang yang boleh dicuba oleh semua lepasan SPM, mencipta email yang sah untuk urusan rasmi, ujian RIASEC Holland secara online untuk menentukan kecenderungan minat bagi dijadikan asas pemilihan program / kerjaya dan seterusnya mengisi Borang UPU Online dibantu fasilitator - fasilitator yang berkhidmat. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma oleh G2 dan PI1M Felda Pemanis Dua dengan sebahagian kecil dari kos pembelian dan urusan nombor pin UPU ditanggung G2.






Program juga diteruskan untuk mereka yang tidak berkesempatan hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Bimbingan pengisian Borang Online UPU diberikan supaya tidak berlaku kesilapan teknikal dalam mengisi borang tersebut. Di samping itu, panduan dan pencerahan mengenai bidang - bidang pengajian juga dijelaskan supaya Lepasan SPM nampak dengan jelas apakah perkara yang boleh mereka ikuti bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik mereka.



Lepasan SPM juga diberitahu mengenai peluang - peluang yang ada untuk mereka. Semoga dengan ini akan dapat membantu serba sedikit semua Batch 1998 anak Pemanis dalam meneroka persaingan dunia masa depan yang semakin mencabar. Terima kasih kepada semua Fasilitator G2 yang membantu dalam mempermudahkan urusan program ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...