Ahad, 17 Januari 2016

[184] Taklimat dan Sesi Perkongsian Pengalaman ARPRM di SMK Buloh Kasap

Taklimat dan Sesi Perkongsian Pengalaman Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) di SMK Buloh Kasap sebagai sebahagian dari pengisian untuk Kursus Kepimpinan Kokurikulum Pengerusi dan Naib Pengerusi Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform Sekolah. Ia telah dijayakan oleh Mentor, Panel Penilai Dalaman dan 4 orang peserta Tahap Emas G2.


Program telah diadakan pada Sabtu, 16 Januari 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Buloh Kasap. Slot ARPRM berlangsung pada jam 10.30 - 12.30 tengah hari. Seramai kira - kira 60 orang pelajar telah mengikuti program berkenaan. Ia juga dihadiri oleh Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali, GPK Kokurikulum SMK Buloh Kasap, Encik Ibrahim Bujang selaku Pegawai Rakan Muda Daerah Segamat dan beberapa orang guru kokurikulum.









Slot dimulakan dengan taklimat ARPRM oleh Mentor ARPRM G2. Ia disusuli dengan tayangan beberapa klip video berkenaan kisah ARPRM dari peserta - peserta Emas G2. Edaran contoh Buku Rekod dan Laporan ARPRM juga telah diberikan kepada pelajar - pelajar.

Sesi diteruskan dengan perkongsian pengalaman dari 4 orang peserta Tahap Emas yang hampir sempurna iaitu Nabil AkmalFakhrur RaziBadrul Halim dan Nur Iman Abdullah. Mereka menceritakan pengalaman dan panduan dalam melaksanakan ARPRM.

Encik Ibrahim Bujang kemudian turut memberikan sepatah dua kata sebagai nasihat, panduan dan motivasi kepada pelajar - pelajar.



Terima kasih kepada SMK Buloh Kasap di atas peluang yang diberikan kepada ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...