Ahad, 28 Ogos 2016

[202] Bengkel Dokumentasi ARPRM Tahap Gangsa dan Perak 2016 - Fasa Bulan Ogos

Sepanjang hujung minggu bulan Ogos, telah diadakan beberapa pertemuan untuk Sesi Bengkel Dokumentasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) Tahap Gangsa dan Perak bagi peserta - peserta di bawah Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.












Bengkel dokumentasi ini menyasarkan kepada peserta ARPRM Tahap Gangsa dan Perak yang memenuhi kriteria berikut :

1. Telah sempurna semua 4 komponen yang diwajibkan dalam jumlah jam dan bulan yang ditetapkan.
2. Telah sempurna sebahagian besar (2 atau 3 komponen) yang diwajibkan dan masih berbaki 1 atau 2 komponen yang belum dapat disempurnakan.

Peserta dibimbing untuk menulis catatan aktiviti dengan betul, berpandukan catatan kasar yang mereka bawa. Ia juga bagi memastikan setiap catatan komponen aktiviti dapat direkod dengan sempurna.





Bagi memastikan kerja - kerja ini dapat disempurnakan dan yang lebih penting peserta memahami apa yang mereka lakukan, para peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil. Mereka akan melaksanakan dokumentasi ini dalam waktu - waktu atau hujung minggu yang ditetapkan.

Selepas selesai merekod aktiviti, para peserta akan dinilai oleh Mentor dan proses pengesahan untuk pentauliahan akan dilakukan. Peserta Tahap Emas dan Perak akan membantu peserta baharu Tahap Gangsa bagaimana hendak merekod dengan lebih baik. Ini juga sebahagian daripada aktiviti komponen Khidmat Masyarakat untuk peserta Tahap Emas.










Program ARPRM - DofE mempunyai tiga tahap iaitu Gangsa, Perak dan Emas. Setiap tahap mempunyai empat komponen iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Tambaha untuk Tahap Emas, peserta perlu menyempurnakan Projek Penempatan. Setiap komponen mempunyai tempoh minima jumlah jam dan bulan / hari yang perlu dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...