Bagi menghadapi Gold Meet Up Session - Sesi Pembentangan dan Penilaian ARPRM Tahap Emas, calon - calon dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan sesi latihan sebagai persediaan.
Menerusi sesi latihan ini, setiap calon akan berlatih membentang dan menjawab soalan - soalan daripada Mentor, Panel Penilai Dalaman dan Jurulatih. Sesi latihan ini menyediakan calon Emas G2 untuk berdepan dengan barisan Panel Penilai ARPRM Emas nanti. Sesi ini telah diadakan di Pusat Jalur Lebar Felda Pemanis Dua dan Pusat Jalur Lebar Taman Yayasan, Segamat.
Mereka yang hadir sesi latihan telah bersedia dengan slaid, video dan lain - lain bahan pembentangan yang diperlukan. Kemahiran komunikasi, penampilan, cara menjawab soalan dan kesesuaian bahan pembentangan adalah antara perkara yang diambil kira dan diperbetulkan semasa sesi latihan ini.
Tunjuk ajar dalam memperbetulkan dan memantapkan lagi kemahiran pembentanagn telah diberikan. Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menetapkan standard tersendiri dalam penyediaan laporan, dokumentasi dan tatacara pembentangan laporan kepada semua peserta Emas di bawahnya. Ia bagi menjamin kualiti dan aras mutu program ARPRM - DofE supaya sentiasa unggul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)