Khamis, 31 Ogos 2017

[260] Majlis Penghargaan Sukarelawan Pendidikan 2017

SABTU, 26 OGOS 2017 - 544 jam masa terkumpul keseluruhan selama 3 bulan disumbang oleh 45 orang sukarelawan anak Felda Pemanis. Malam ini telah diadakan majlis ringkas sebagai penghargaan kepada semua sukarelawan pendidikan dari G2 yang telah bersama - sama menjayakan pelbagai program berorientasikan pendidikan. Sedikit jamuan, pemberian penghargaan dan sijil - sijil telah disampaikan. 





















Terima kasih kepada semua tutor dan fasilitator di dalam Pasukan Sukarelawan Pendidikan 2017. Semoga jasa bakti kalian mendapat keredhaan Allah. Semoga kita akan dapat meneruskan program ini pada tahun - tahun mendatang.

[259] Program Rehat Minda dan Bicara Ikon Alumni SK Pemanis 2

JUMAAT, 25 Ogos 2017 - Selama 4 jam, G2 telah mengendalikan Program Rehat Minda dan Bicara Ikon Alumni di SK (Felda) Pemanis 2. Program ini disusun untuk memberikan kelegaan minda kepada para pelajar calon UPSR SK Pemanis 2 tetapi masih juga menyelitkan unsur - unsur bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Seramai 20 orang graduan, mahasiswa dan pelajar Tingkatan 4 (sebagai pendedahan) telah bersama mengendalikan program ini.



Sebelum memulakan program, semua fasilitator menyiapkan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Perbincangan dan gerak kerja telah dilakukan terlebih dahulu.





Semua fasilitator telah diperkenalkan kepada para pelajar calon UPSR. Sebahagian besar dari mereka adalah alumni atau bekas pelajar SK Pemanis 2. Mereka ini juga adalah dari Kumpulan Sukarelawan Pendidikan, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.





 

Program dimulakan pada jam 0800 pagi dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Mohd Firdaus Zainal Abidin. Para pelajar calon UPSR seramai 20 orang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk aktiiviti mereka.







Ia kemudiaan diikuti pada jam 0830 pagi selama setengah jam dengan slot Fun With English. Slot ini dikendalikan oleh Amirul Izwan Bakhtiar, Mohd Arif Mail, Sofia Isa dan Mohd Faizaein Norhani.









Program berbentuk merehatkan minda bagi calon - calon UPSR 2017 ini seterusnya menampilkan Rashid Admon, penerima pelbagai anugerah pendidikan sebagai salah seorang Ikon Alumni SK (Felda) Pemanis 2 yang memberikan tips dan amalan menjelang peperiksaan UPSR. Beliau telah mengendalikan slot selama sejam.








Selepas rehat selama 20 minit, para peserta bermain permainan yang dikendalikan oleh Mohd Azhari Imran. Belia telah mengajar peserta lagu Open Banana dan permainan Monster, Angle dan Citizen.









Bahagian akhir program adalah slot Explorace UPSR. Lima kumpulan tadi akan menyelesaikan semua 5 stesyen yang dikendalikan oleg fasilitator. Stesyen - stesyen tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan IQ. 

















Pada majlis penutup ringkas, Persatuan telah memberikan hadiah kepada semua kumpulan dan sijil penyertaan kepada semua peserta. Pihak sekolah juga telah menyampaikan sijil penghargaan buat semua fasilitator dan Persatuan.








Terima kasih SK Pemanis 2, barisan fasilitator seramai 20 orang (alumni SK Pemanis 2 dan anak - anak Felda Pemanis kalangan graduan dan mahasiswa) dan juga 20 orang calon UPSR sekolah tersebut.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...