Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
12. Episod 12 / 20 : Organisasi Pelajar di Kolej
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
14 / 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Perhubungan dan Segala Urusan
oleh Azhari Imran
Untuk episod ni, aku ingin bercerita pasal
perhubungan antara pelajar dan orang luar. Orang luar ni termasuk dengan ibu
bapa, urusan pos, dan sebagainya.
- Line Telco
Ø Sepanjang
aku dua tahun dekat KMJ tu, aku da guna macam-macam line telco, tunetalk,
celcom burung hantu, celcom postpaid. Tapi, Maxis juga sampai ke hujung sem.
Tambahan lagi Maxis ade 8GB percuma setiap bulan tu. Wow bukan? Haa bole buat
streaming bola Premier League kalau hujung minggu tu. Kalau liga Malaysia yang
kadang-kadang hari Rabu tu kena la beli data sikit kongsi-kongsi dengan kawan
lain
- Urusan pos
Ø Dalam
episode sebelum ni, aku ada katakan yang pejabat asrama di bawah blok kediaman
E juga merupakan tempat untuk mengambil barang pos.
Ø Kamu
semua perlu menyemak online dahulu sebelum ke blok E untuk mengambil barang.
Ø Bagi
urusan pos ini, jika anda ingin barang itu semasa di kolej matrik, anda perlu
memberi alamat matrik di belakang kad matrik masing-masing. Ianya tertera
alamat dan barang itu akan dihantar ke kolej matrikulasi.
NOTA
: PASTIKAN ANDA MEMBUAT URUSAN POS UNTUK PERKARA PENTING SAHAJA.
- Waktu
melawat
Ø Pelawat
ni merangkumi semua yang ada hubungan kamu semua dari ibu bapa kandung sampai
ke anak sedara sebelah ayah yang ada tiga cucu tiga lelaki enam perempuan.
Ø Sejak
sesi 2017/2018 ni, pelawat yang tidak mempunyai pelekat pelawat tidak akan
dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan.
Ø Menjadi
kebiasaan mak ayah yang datang mesti bawakkan nasi dan makanan yang lebih untuk
kawan-kawan sebilik. Jadi, satu bilik akan buat “potlak” dan makan ramai-ramai.
Ø Jadi,
waktu melawat rasmi yang mana ibu bapa dibenarkan masuk adalah Jumaat dan Sabtu
dari pukul 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Untuk tak rasmi,ibu bapa boleh
datang melawat setiap hari tetapi sekadar sampai di pintu pagar sahaja.
Bersambung ke Episod 15
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)