Seperti kebiasaannya, para peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) dari G2 akan dipantau dari masa ke semasa. Tahap kemajuan perlaksanaan aktiviti mereka dan sejauh mana mereka merekod dengan betul adalah perkara paling penting yang diambil perhatian.
Para peserta Batch Inspirasi (nama batch kali ini) yang telah melalui lebih separuh dari masa aktiviti akan disemak Buku Rekod masing - masing. Mereka dibimbing supaya merekod dengan betul, di samping memperbetulkan segala kesilapan yang mungkin terjadi.
Bagi peserta yang telah sempurna pula, satu sesi penilaian ringkas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan menguji kefahaman peserta akan dilakukan secara tidak formal. Ia bagi memastikan kualiti peserta yang dilahirkan terjamin.
Gambar - gambar berikut menceritakan bagaimana G2 melaksanakan Bengkel dan Penilaian Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa dan Perak - Sesi 2. #ARPRM #BatchInspirasi
Syabas dan tahniah kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)