Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
12. Episod 12 / 20 : Organisasi Pelajar di Kolej
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
16/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Pensyarah, Rakan dan Cinta
oleh Azhari Imran
Pensyarah
§ Suka
dan tak suka pensyarah ni perkara biasa la kat mana-mana tempat pun. Okay
kebiasaannya yang suka dekat pensyarah ni sebab apa?
Suka :
1. Penampilan
2. Cara mengajar
3. Tugasan yang ringkas dan padat
4. Baik hati dll
Tak Suka :
1. Garang
2. Penerangan tak jelas
3. Comot
4. Tugasan yang banyak dll
§ Okay
yang atas tu dah jelas kan? Ok ape lagi nak cakap tentang pensyarah ni adalah
memandangkan dunia sekarang ni canggih dan mempunyai perhubungan melalui
WhatsApp, Telegram dll. Kamu semua perlu peka dengan waktu dan tempat yang
sesuai untuk bertanyakan soalan atau apa-apa jua kemusykilan. Sebagai contoh,
kamu semua perlu mengehadkan tempoh pertanyaan pada waktu malam. Pensyarah tu
pun penat diknon. Kamu boleh bertanyakan soalan itu pada slot tutorial subjek
itu nanti. Haa ok kan?
Rakan satu
praktikum
§ Sebagai
satu praktikum, kamu semua perlu berganding bahu dan jangan mengharapkan
seorang ketua untuk melakukan semua. Kamu semua perlu sematkan prinsip
kepimpinan di dalam diri kerana kamu sudah berumur 18 tahun yang boleh
dilabelkan sebagai seorang yang matang.
§ Selain
rakan sebilik, rakan praktikum juga menjadi ahli keluarga kamu sepanjang
dua/empat semester di kolej matrikulasi itu. Susah senang tu perlu dikongsi
bersama.
§ Untuk
pengetahuan semua, setiap individu dalam satu praktikum memainkan peranan
penting untuk kedudukan kelas dalam peperiksaan. Hal ini kerana, jika pointer
seseorang di dalam praktikum itu jatuh ataupun meningkat, ia akan memberi kesan
kepada rakan praktikum yang lain.
Percintaan dan persahabatan
§ Sebagai
remaja yang mempunyai hati ingin mencuba sesuatu, kita tak terlepas dari
perasaan ingin berpasangan. Jaga diri, hati, dan pelajaran. Aku bercakap
berdasarkan pengalaman. Nanti aku ceritakan di episode berikutnya. Hehehe.
§ Tak
menjadi kesalahan pun ada teman wanita/lelaki ni. Dari sudut positifnya, kita
boleh menjadikan ianya motivasi dalam diri. Kenapa motivasi? Ianya kerana kita
akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan. Kita belajar
bersungguh-sungguh untuk dijadikan contoh kepada pasangan. Dari sudut
negatifnya pula, jika kita terlalu asyik dengan pasangan, ianya akan
mendatangkan kesan yang buruk seperti pelajaran terabai, pengurusan diri
terabai (jika putus cinta) dan lain-lain lagi.
§ Kes
cemburu buta dan pergaduhan juga akan menyebabkan keharmonian belajar di kolej
matrikulasi terganggu. Ia juga akan mewujudkan perasaan takut dan tidak
tenteram pelajar lain untuk mengulangkaji.
Bahagian ke 17akan menyusul.