Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
12. Episod 12 / 20 : Organisasi Pelajar di Kolej
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
13. Episod 13 / 20 : Pelbagai Dugaan di Matrikulasi
15/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Kebajikan
oleh Azhari Imran
Sepanjang sesi
pembelajaran kamu di KMJ ni, semua kebajikan kamu akan dijaga. Antara kebajikan
pihak kolej ialah :
- Klinik
§ Jika
kamu mengalami sakit dan memerlukan rawatan, kamu semua perlu melaporkan diri
di blok kediaman Al-Biruni atau lebih dikenali Blok E.
§ Waktu
melaporkan diri di pejabat Blok E adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang. Pada
hari Khamis pula hanya pada waktu pagi sahaja
§ Pada
waktu malam pula, kamu semua perlu merujuk Pejabat Felo yang terletak di Blok C
(rujuk Episod 10)
- Dobi
§ Dobi
ni khas untuk golongan yang sayang tenaga dan malas membasuh baju menggunakan
tangan
§ Dengan
hanya berharga RM2.00 dan perlu menunggu selama 28 minit. Baju anda dicuci
bersih sebersih hati selepas bertaubat.
§ Dugaan
yang sering dihadapi adalah apabila mengisi duit tetapi mesin basuh tidak
beroperasi. Huhuhu
- Kafeteria.
§ Ini
merupakan tempat aku melampiaskan nafsu lapar.
§ Banyak
makanan dengan harga yang berpatutan
§ Waktu
genting adalah pada pukul 1.00 petang. Dan ini memerlukan tahap sabar yang
tinggi kerana masing-masing lapar. Ada yang memotong barisan, ada yang
tertumpahkan kuah, ada yang mengambil nasi sehingga berlebihan dan banyak lagi
dugaan.
- Outing dan
balik bermalam
§ Ini
merupakan waktu kebebasan pelajar.
§ Mereka
berasa bebas kerana dapat membeli barang keperluan dan “food hunting”
§ Antaranya
“food hunting” kegilaan ramai adalah Sushi. Antara menu yang lain adalah
Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza dan lain-lain. Untuk makluman, di Tangkak
tiada cawangan McDonald. Hehehe
§ Tempoh
outing adalah dari pukul 10.00 pagi hinga 6.00 petang
§ Untuk
balik bermalam pula, jika kolej tidak menganjurkan aktiviti, kamu akan
dibenarkan pulang ke rumah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini jika
tiada apa-apa perayaan yang disambut seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina, Hari Perayaan Deepavali dan sebagainya.
§ Ibu
bapa boleh menjemput pelajar sekiranya dibenarkan balik. Jika ibu bapa yang
tiada kelapangan, pelajar boleh membeli tiket bas di koperasi dan balik menaiki
bas.
Bahagian ke 16 akan menyusul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)