Isnin, 4 Jun 2018

[316] Program Bubur Lambuk 1439H / 2018M

SABTU. 2 JUN 2018 - Setiap tahun di bulan Ramadhan diadakan program memasak dan mengedar bubur lambuk. Untuk Ramadhan kali ini, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Tekno Usahawan Muda Pemanis telah meneruskan program ini yang diadakan sejak tahun 2013.

Projek adalah hasil sumbangan ahli dan pelbagai pihak. Ia diterima sama ada dalam bentuk kewangan atau bahan - bahan mentah. Kerja - kerja menyediakan bahan bermula pada malam sebelumnya.

Menjelang tengah hari, semua bubur lambuk siap dimasak. Kerja - kerja membungkus pula dimulakan. Pada jam 2.00 petang, bubur lambuk mula diedarkan kepada komuniti. Kumpulan pertama yang menerima adalah seramai 12 keluarga yang dikunjungi oleh program Lentera Kasih.

Bubur lambuk ini juga diedarkan kepada komuniti setempat. Terima kasih kepada semua penyumbang dan pasukan sukarelawan yang menjayakan projek. Semoga kita dapat melaksanakannya lagi tahun hadapan.


PERSEDIAAN PADA SEBELAH MALAM











KERJA - KERJA PADA SEBELAH SIANG


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...