Khamis, 28 Mac 2019

[377] Kelas Kemahiran ICT - Mac 2019

KELAS Kemahiran ICT bagi para peserta ARPRM Tahap Emas untuk bulan Mac telah dilangsungkan dan mengambil masa 4 jam keseluruhan. Pada bulan ini, para peserta telah mempelajari dan membuat latihan pengunaan pemprosesan perkataan. Mereka juga menggabungkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan Microsoft Word dengan carian di Google dan penyuntingan.
Bulan Mac ini mereka mempelajari cara membuat borang penyertaan program, resume diri dan kad jemputan.
Salah satu komponen ARPRM pada tahap Emas adalah Kemahiran. Para peserta perlu melengkapkan komponen ini dalam masa minima 12 bulan dan 60 jam. Kumpulan ini telah memilih Kemahiran ICT sebagai perkara yang hendak dikuasasi.
Projek adalah kerjasama antara G2 dan Pusat Internet Felda Pemanis Dua. Kelas diadakan secara percuma selama minima 12 bulan.
Bermula bulan hadapan, para peserta ARPRM Tahap Emas ini akan mula mempelajari kemahiran Microsoft Excel pula.






 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...