Ahad, 23 Jun 2019

[389] Associate Training Sekolah Rukun Negara


Pada 17 - 19 Jun lalu telah diadakan Program Associate Trainer untuk pelaksanaan Sekolah Rukun Negara Zon Selatan kepada Mustaqim Abdul Kahar (dari G2 yang bakal tauliah ARPRM Tahap Emas pada September ini) bersama Encik Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Kursus 3 hari bermula hari itu diadakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Akademi Pilihanraya Malaysia (APR). Ia diadakan di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka.


Program bertujuan untuk melahirkan penyampai modul dan fasilitator bagi melaksanakan Sekolah Rukun Negara tidak lama lagi. Sekolah Rukun Negara bertujuan untuk penyuburan demokrasi, patriotisme, kenegaraan dan tadbir urus negara di kalangan generasi muda.






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...