Catatan Norshahira Isa, salah seorang #TeamTutor Sukarelawan Pendidikan G2 di dalam projek Sukarelawan Dalam Kelas UPSR 2019 SK LKTP Pemanis 1
Hari terakhir menjadi tutor murid UPSR tahun ini. Terlalu banyak drama perasaan dan air mata. Mungkin saya perlu catatkan setiap kisah yang saya alami sebagai memori untuk 10 tahun akan datang? Hahaha (semoga saya rajin menaip)
Gambar ni pun ada drama. Drama Khadijah suruh peluk dia semasa bergambar 😂
"Okay, Khadijah"
P/s : Akak dah tua dik. Gurau je boleh. Betul-betul ada perasaan tak boleh. 😂
Akak sayang semua 💖
Tiada lagi aksi-aksi meluah perasaan. Tiada lagi air mata yang perlu saya hentikan. Tiada lagi pujukan yang perlu saya beri. Kerana selepas ini mereka akan meneruskan perjalanan mereka sendiri tanpa bantuan daripada tutor. Namun, doa kami sentiasa mengiringi kalian.
Semoga berjaya dengan cemerlang. Semoga sentiasa menjadi seorang insan yang baik dan bermanfaat terhadap orang lain. Semoga sentiasa dalam RahmatNya. Semoga sentiasa diberikan kesenangan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
'Akak, pastikan tangan akak peluk saya eh'
Dan drama tutor-tutor yang juga mengada-ngada. Tapi eloklah saya simpan seperti mana saya simpan pickupline daripada tutor-tutor. HAHAHAAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)