Penyertaan Children & Youth Assembly sempena Asia Pasific Urban Forum ke - 7 (APUF7) di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada 13 - 14 Oktober 2019. Ia anjuran UN Habitat, sebuah program di bawah Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB atau United Nation, UN).
Ia sebahagian inisiatif untuk melahirkan warga dunia yang peduli dan turut serta mengambil bahagian lantas memainkan peranan kecil demi mengubah komuniti, negara dan dunia.
Suria Sipon, Pemegang Emas G2 2016, Alumni Felo Perdana dan Korporat 2019 menyertai bersama 6 orang yang lain dipilih oleh Dr Maliki Malik, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Cheras. Beliau turut bersama hari ini.
Antara yang bercakap hari ini adalah Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Dato' Maimunah Shariff. Antara pesan beliau adalah belia seharusnya berkeupayaan untuk membincangkan isu - isu yang global dan bukan sekadar dalam ruang hidup belia sahaja.
Program ini merupakan 'side event' sempena Asia Pasific Urban Forum ke - 7 (APUF7).
Hari Pertama, Ahad 13 Oktober 2019
Hari Kedua, Isnin 14 Oktober 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)