PEMAKLUMAN PERALIHAN SISTEM REKOD AKTIVITI G2 DARI KAEDAH MANUAL KE SISTEM DIGITAL ONLINE

Tujuan sesi ini adalah untuk memperkenalkan kaedah perekodan aktiviti Jabatan Kerajaan / NGO - Persatuan Belia secara digital dan online menerusi sistem yang dibangunkan oleh IYRES.
G2 merupakan Persatuan perintis dan pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem yang diberi nama Malaysian Youth Index System (eMYind), diakses menerusi portal http://emyind.iyres.gov.my/.
Menggunakan kaedah ini, setiap aktiviti yang dianjurkan G2 akan direkodkan ke dalam sistem, diverifikasi dan dihantar terus untuk makluman IYRES KBS bagi tujuan pengumpulan data kecenderungan aktiviti belia akar umbi. Menerusi sistem ini juga, Persatuan dapat merekod data aktiviti sepanjang tahun secara digital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)