Beberapa projek kebajikan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan bersama Malaysia Relief Agency (MRA) Johor sepanjang mingu - minggu yang sudah. Antara projek yang dijalankan adalah :
Rabu, 15 April 2020
Menyalurkan bantuan daripada Malaysian Relief Agency - MRA Johor buat golongan bukan warganegara Malaysia yang beragama Islam. Sebanyak 20 keluarga yang telah menerima bantuan makanan keperluan di sekitar Pekan Jabi, Kampung Sermin, Taman Yayasan dan Buloh Kasap.
Isnin, 13 April 2020
Bersama Malaysia Relief Agency (MRA) Johor untuk memberi bantuan kepada 7 keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Segamat.
Bantuan diberikan untuk keluarga di Jalan Temenggung, Kg Batu Badak, Kg Alai, Kg Seberang Batu Badak, Batu Anam dan Buloh Kasap.Ia melibatkan 4 keluarga asnaf / B40, seorang warga emas dan 2 orang OKU.
Suria, yang mengendalikan projek mencatatkan ini :
"Makcik dapat bantuan beras 5kg, makcik beri pada mereka dik, mereka juga susah dik. Apa yang makcik dapat makcik berkongsi biarpun makcik juga susah"
Bersama team MRA (Malaysia Relief Agency) Johor mengagihkan bantuan makanan keperluan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar Segamat. Pihak MRA Johor juga telah melaksanakan projek #ProjekSyukurGardenia di mana 1500 bungkus roti Gardenia yang diagihkan di sekitar Johor.
Terima kasih MRA Johor di atas peluang melaksanakan projek kebajikan ini. Semoga semua dirahmati Allah.
Irfan boleh dihubungi menerusi Instagram irfanirvine
Hai! Aku Irfan, pelajar
Program Dua Tahun Modul Satu sesi 2018/2020 Kolej Matrikulasi Johor. Kalau
tanya aku macam mana hidup aku di matrik ni, jawapan aku senang je. Serious
best! Sejujurnya kehidupan kat KMJ ni memang menarik sangat, macam-macam
perkara aku belajar, macam-macam perkara aku dapat sepanjang dua tahun aku kat
matrik ni. Walaupun orang kata KMJ ni tak best, terperuk kat ladang kelapa
sawit, di Tangkak? Tangkak ada apa? Hahah ni sesi promote sikit lah, percayalah
KMJ ni lah antara Kolej Matrikulasi yang mempunyai facility terbaik. KMJ ni
padang balapan “tip-top” sampai KAKOM balapan dan padang mesti akan pilih KMJ.
Selain itu, walaupun KMJ ni kecik, tapi ikat sini lah tempat yang paling kau
takkan menyesal untukpilih. Kalau kau tertinggal labcoat boleh je
kau nak patah balik ambil kalau kau dah sampai class sekalipun. Dekat KMNS?
Jangan harap, hahahaa.
Aku kira dah lah part promote
tu, masuklah cerita life aku pulak. Sejujurnya untuk tahun pertama aku kat
matrik ni tak jadi masalah bagi aku. Terbalik pulak ye, sepatutnya awal-awal
yang homesick kan? Tapi yaa baca dulu cerita aku. Homesick tu memang
homesick,tapi biasa-biasa je. I can handle it well. Tahun pertama aku, agak
menarik sebab dapat sebilik dengan kawan sekolah sendiri, kawan baik pulak tu,
Iman. Dan dia pun PDT sama dengan aku. Jadi aku tahu aku ada geng selama dua
tahun aku kat sini. He’s a family. Truly! Untuk tahun pertama ni jugak, I don’t
expect anything untuk life aku kat matrik ni, melainkan belajar dan buat apa
yang aku suka. But things went to the other way. Siapa sangka perancangan Tuhan
kan? Kehidupan kat matrik tahun pertama ni quite fun. Roommate best, semua
baik, ada budi bahasa, hormat orang jugak walaupun sometimes ada gilanya. Bukan
life lah kalau takda gilanya ye tak? Kehidupan aku kat matrik bertambah menarik
bila aku dapat classmate yang best, semua satu kepala. Kelas aku masatu L1S2, and
that time aku ketua kelas. Mereka semua ni panggil aku abah. Paling best bila
semua satu class satu kepala bersaing untuk naikkan gred bukan diri sendiri je,
tapi untuk satu class jugak. Ini lah yang orang kata persaingan bersih. It’s a
good thing yang boleh diterapkan dalam pembelajaran. It was going well in sem
1, but not sem 2 atas beberapa faktor.
Seterusnya, yang menambah
perisa kehidupan aku kat matrik ni ialah kumpulan zapin aku. Inilah yang paling
aku sayang sebab selalu support aku walau apa pun aku buat. Terima kasih yang
tak terhingga! Sejujurnya aku sendiri tak percaya yang aku masih join tarian
tradisional ni. Niat di hati nak “pencen” dah zapin masa form 3 dulu, hahaha.
Selama dua tahu kat KMJ banyak jugak performance yang kami dah buat untuk event
Malam Citra Budaya dan Darshwana Night. Dua-dua event adalah event annual KMJ. Tambahan
lagi, ada jugak event sampingan seperti Persebahan Pembukaan KAKOM dan Malam
Ambang Kemerdekaan. Agak bangga dengan mereka dan diri sendiri sebab boleh buat
semua tu. Dalam pada masa yang sama, aku belajar step-step yang belum pernah
aku belajar. Terima kasih kepada kawan-kawan dan seorang insan yang selalu
mengajar. Satu lagi perkara, yang paling aku tak expect adalah tahun pertama ni
jugak aku dipilih dan dilantik sebagai Ketua Pelajar Program Dua Tahun. Satu
tugasan yang agak besar untuk aku masa tu. Tapi aku bersyukur sebab semua orang
support aku untuk jawatan ni, daripada roommate, classmate, family zapin,
sorang insan yang terkejut ketua PDT masuk zapin, pelajar-pelajar PDT dan ada
sorang kawan ni yang bukan modul sains pon turut sokong aku untuk ini. So far,
tahun pertama aku agak menarik dan macam-macam yang aku lalui. Walaupun tahun
pertama ni takde lah mencabar sangat bagi aku. Tapi pengalaman yang aku lalui
amat berharga dan macam-macam perkara dalam hidup ni aku belajar. Belajar mengenal
mana kawan dan mana lawan, mana yang ikhlas dan mana yang sebaliknya. Setelah
mengharungi pelbagai perkara pada tahun pertama ni, Alhamdulillah pointer aku
tahun pertama 4.00 untuk sem 1 dan 3.84 untuk sem 2.
Untuk tahun kedua aku di
matrik ni. Life kami pelajar program dua tahun berubah 360°. Environment kami totally change bila
pelajar-pelajarnya semua dah lain sebab pelajar-pelajar Program Satu Tahun
semua dah habis, dan ganti dengan pelajar- pelajar baru. Tambahan pula, sistem
matrikulasi pun dah berubah. Takde lagi dah PST dan PDT. Digantikan dengan
Sistem 2 Semester (S2S) dan Sistem 4 Semester (S4S). Jadi, kami pelajar PDT agak
terkesan dengan peubahan yang dibuat oleh Bahagian Matrikulasi KPM ini. Kami
terpaksa berasingan dengan batch PDT kami dan dicampur rombak ke dalam kelas
S2S sesi 2019/2020. Begitulah kitaran ke batch sesi seterusnya.
Pada mulanya
agak janggal sebab disatukan kelas dengan junior dan cara pembelajaran kami
juga dah berbeza. Walaupun kami batch PDT dah belajar semua tu untuk tahun
pertama, tapi disebabkan pertambahan dalam silibus dan perubahan dari segi
environment. Agak struggle jugak untuk aku hidup dalam tahun kedua aku kat
matrik dan masatu dah jauh dah dengan kawan-kawan first year sebab berpisah
class, berpisah blok. Tapi tak berpisah lama pun, awal-awal tu je sebab maybe
terkejut, hahah. Itulah sebabnya aku pernah cakap yang kehidupan aku kat matrik
ni terbalik, senang dulu susah kemudian hahahah. Tapi Allah Maha adil, dalam
keadaan macam tu, Allah datangkan sedikit demi sedikit keceriaan. Aku dapat
kawan-kawan saf 1.24 yang setiap hari sama-sama daripada belajar, main frisbee
dan macam-macam lagi lah. Aku jugak dapat classmate baru yang sangat-sangat
sporting, walaupun pada mulanya aku rasa “masuk satu class dengan junior?”,
tapi dari masa ke semasa aku dah mula anggap mereka ni macam adik-adik aku
sendiri dah. Selain mereka, kawan-kawan zapin aku jugak selalu ada and support
each other. Dan yang paling penting, ada seorang insan yang trigger aku untuk
bangkit dari awal tahun kedua sampai lah ke pengakhiran kehidupan matrik aku
yang tak berapa ending ni.
Jadi, aku teruskan kehidupan aku pada tahun kedua ni
seperti biasa cuma ada lah jugak perubahan sikit. Aku masih join macam-macam
tapi tak sebanyak tahun pertama, sebab tahun kedua agak sibuk dengan class,
extra kuliah dan pelbagai lagi aktiviti. Antara aktiviti dan pencapaian aku
pada tahun kedua ni ialah Perlawanan Frisbee peringkat kolej dan mendapat
tempat pertama dalam pertandingan tersebut, Pertandingan Dikir Barat
Kontemporari Kokurikulum by praktikum, juga memenangi johan tempat pertama.
Selain itu, akumenyertai Pertandingan
Dikir Barat Peringkat Kebangsaan bertuan rumahkan Kolej Matrikulasi Kelantan
(KMKt) dan mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut. Selain
pertandingan, aku juga sertai beberapa persembahan zapin dan joget Melayu dalam
annual event kebudayaan KMJ serta mengelola beberapa pertandingan sukan dibawah
Exco Sukan dan Kebudayaan as I am one of the members of 7squadron of Jawatankuasa Perwakilan Pelajar for that exco. Jadi itu lah sedikit sebanyak aktiviti dan
pencapaian aku semasa di matrik pada semasa tahun kedua tu. Pada pendapat aku,
kunci untuk kita survive masa belajar kat matrik ni even di mana-mana pun,
adalah dengan mengaktifkan diri untuk menyertai pelbagai perkara seperti
menyertai aktiviti kebudayaan atau sukan atau aktiviti- aktiviti berkaitan
akademik seperti explore race science. Di matrik banyak mengadakan
aktiviti-aktiviti menarik yang boleh kita sertai seperti berikut. Hidup ni kene
balance juga, bukan belajar semata dan bukan main semata.
Secara keseluruhan hidup aku di matrik sangat-sangat
menarik dan sangat berharga walaupun diakhirnya sedikit menyedihkan (sangat
menyedihkan!) sebab batch aku lah satu-satunya matrik yang takda PSPM 2 dan
hanya ambil markah PB sahaja untuk penilaian untuk sem 2. Aku rasa semua tahu
kenapa dibatalkan, it is all because of the viral decease “Covid-19”. Dua
minggu sebelum exam, negara Malaysia isytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
selama 14 hari dan peperiksaan PSPM 2 ditangguh sehinggalah PKP ini dilanjutkan
sebanyak 2 kali dan akhirnya PSPM 2 kami dibatalkan semasa hari yang ke-26 PKP.
Ini bermaksud tempoh pembelajaran kami di Matrik telah pun tamat sejurus notis
pembatalan peperiksaan akhir sem 2 keluar. Sejujurnya aku sedih sangat sebab we
have no proper ending di KMJ ni. Percayalah bukan aku sorang je yang dah plan
“nanti kita ambil gambar kat sini tau! Nanti kita ambil gambar kat sini tau!
Video jangan lupa, buat kenangan!”. Bukan aku sorang je. Tapi semua tu tinggal
kenangan, dan semestinya semua tak sangka yang tarikh 18/3/2020 tu adalah hari
terakhir kami di KMJ. Mungkin Allah beri ujian kepada kami sekarang untuk Dia
beri sesuatu yang besar dan bermakna akan datang kan? Siapa tahu rahsia Allah.
Seriously, aku sedih sangat atas apa yang terjadi.
Mungkin untuk pelajar-pelajar satu tahun tak rasa sangat perkara ni terjadi,
tapi aku sebagai seorang pelajar 2 tahun di KMJ tu sangat terkesan dengan
perkara ni. Yelah, KMJ tu ibarat rumah dah bagi aku. Walaupun KMJ turamai yang gelarannya “KM-Jail”. Tapi
percayalah itu lah jail yang paling terindah dalam pengalaman hidup aku.
Serious, di KMJ semuanya molek-molek belaka, daripada pensyarah-pensyarahnya
yang baik-baik dan sangat caring dengan anak-anak murid dia, sampai lah ke
persekitaran KMJ yang sangat cantik dan tenang dengan pemandangan Gunung Ledangnya
yang tersergam indah di situ.
Jadi dikesempatan ini aku mendedikasi beberapa
kumpulan manusia yang sangat aku hargai sepanjang hidup aku di KMJ ni iaitu
kepada pensyarah-pensyarah yang gigih mengajar mahupun yang tidak mengajar,
classmate-classmate daripada praktikum L1S2 (serta dua orang dari K1MA1) dan
juga K5MS17 yang sentiasa menghulurkan tangan bila aku memerlukan, berkongsi
ilmu bila aku kekurangan. Roommate tahun pertama 3.18, manusia yang paling
banyak menceriakan hari-hari dan banyak harungi perkara baru sama-sama. Juga kepada kawan-kawan bilik Saf 1.24,
sentiasa ada tangan untuk aku dari setiap antara mereka bila aku sangat
memerlukan. Kawan-kawan ahli zapin daripada yang lama sampailah yang baru masuk
pada tahun kedua. Mereka antara manusia yang sentiasa berkongsi kegembiraan,
gila-gila, dan kebanyakan hobi yang sama. Tidak lupa juga ahli 7squadron Exco
Sukan dan Kebudayaaan dan warga Jawatan Perwakilan Pelajar. Mereka banyak
membantu dari segi pengurusan dan berkongsi pengalaman. Dan akhir sekali,
seorang insan yang banyak membantu dari awak sem 3 sampai lah ke pengakhiran
pengajian di KMJ ni malahan sampai ke hari ini. Mereka semua adalah keluarga.
Walau tiada ikatan darah, walau datangnya dari tempat yang berbeza-beza.
Merekalah yang ada susah dan senang bersama di KMJ. Terima kasih atas segala
memori bersama, terima kasih atas segala kasih sayang yang diberi dan terima
kasih sebab terima aku untuk hadir dalam kehidupan semua. Dan aku percaya,
ikatan ni akan kekal sampailah bila-bila.