Pada Rabu, 8 April 2020, Faiz Ahmad telah berjaya mencerap kepingan gambar yang menggambarkan Super Pink Moon di FELDA Pemanis. Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena Super Pink Moon ini?
Secara amnya, ketika Bulan berada di dalam fasa penuh atau purnama, serentak pada waktu yang sama (atau hampir sama) Bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, yang dikenali sebagai Perigee. Maka, nama yang juga digunapakai ialah bagi menggambarkan fenomone ini adalah Bulan Penuh Perigee.
Bulan akan berada di dalam kedudukan perigee pada 8 April 2020 jam 2:10 pagi. Ia bermula apabila Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 8 April 2020 jam 10:35 pagi. Selisih 8 jam di antara momen perigee dan bulan penuh, melayakkan Bulan Penuh bulan April ini mendapat gelaran Bulan Penuh Perigee atau supermoon.
Apa yang membezakan dengan fasa bulan - bulan penuh yang berlaku setiap bulan adalah kali ini ia paling hampir dengan bumi, kerana orbitnya yang berbentuk elips.
Kesannya, Bulan kali ini akan kelihatan lebih besar berbanding bulan-bulan penuh yang lain. Secara amnya, ia akan nampak 7% lebih besar berbanding saiz purata bulan penuh. Kesan kedua yang boleh dilihat ialah Bulan akan bersinar 15% lebih cerah berbanding bulan penuh biasa, dan nampak lebih ketara jika permukaan langit tidak mendung atau banyak berawan.
Setiap kali Bulan Penuh, masyarakat setempat kadang kala ada memberi gelaran atau nama yang akan dikaitkan dengan sesuatu kejadian. Di dalam kes Pink Moon ini, ia tidak ada kena mengena dengan warna Bulan itu pun! Ia merujuk kepada sejenis tumbuhan berbunga phlox subulata, yang berwarna merah jambu dan sedang mekar pada musim bunga di Amerika Utara.
Faiz telah mencerap fenomena Super Pink Moon ini menerusi teleskop yang didatangi dengan finderscope atau telekoskop mini. Finderscope mempunyai bilangan pembesaran yang lebih rendah berbanding teleskop utama. Faiz juga menggunakan filter seperti gambar di bawah.
Refractive telescope F70060 buatan China ini mempunyai kuasa pembesaran 525 kali ganda, 700mm reflactive focal lenght dan 60mm aperture.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)