RAKAN MUDA KLIK @ KAHOOT!
Sabtu, 19 Jun 2021 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Program Rakan Muda Klik @ Kahoot! Peringkat Negeri Johor 2021. Seramai 4 orang telah mewakili daerah Segamat iatu Hairul Asraf, Mustakim Akim Mus, Suria Sipon dan Kadem Kahar.
25 soalan berkisar Perlembagaan Malaysia telah menjadi taruhan kepada lebih 40 orang peserta yang mengambil bahagian mewakili daerah - daerah dalam negeri Johor.
Mustakim, Suria dan Kadem telah menyertai program ini di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan. Mereka merupakan sebahagian dari sukarelawan MyVAC. Mustakim dan Kadem adalah mahasiswa universiti yang sedang belajar secara ODL.
Manakala Hairul Asraf pula menyertai dari Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus kerana beliau berada di sana.
Dua orang peserta #TeamG2 berjaya menduduki 10 tangga teratas. Mereka ialah Kadem Kahar telah berjaya menduduki tempat ketiga manakala Suria Sipon pula menduduki tempat ke - 9.
Sedikit penghargaan atas pencapaian telah diberikan pada akhir sesi di PPV Taman Yayasan.
Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menyertai program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)