Khamis, 5 Mei 2022

[1,013] Bantuan Beras Bangsa Johor - DUN Pemanis : Kg Bumbun

KG BUMBUN DESTINASI PERTAMA DUN PEMANIS TERIMA BERAS KERAJAAN JOHOR 

KG BUMBUN, 27 April - Komuniti dalam kawasan Kg Bumbun dan Taman Perumahan sekitar hari ini menjadi yang pertama menerima Bantuan Beras Bangsa Johor, satu inisiatif Kerajaan Johor untuk semua keluarga di negeri ini.

YB Tuan Haji  Anuar Abdul Manap, ADUN Pemanis telah turut sama menyampaikan beras itu kepada keluarga penerima.

Seramai 15 orang sukarelawan Southern Volunteer DUN Pemanis telah terlibat dengan 7 daripadanya adalah dari aktivis #TeamG2. 


Sukarelawan SV ini telah menguruskan keseluruhan proses agihan beras bermula dari penerimaan dari lori, penempatan di stor transit sehinggalah pengedaran. Ia diselaraskan oleh Penyelaras dari Majlis Perbandaran Segamat. 

Fasa 1 agihan bermula hari ini, 27 - 30 April manakala Fasa 2 dari 8 - 26 Mei.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor. Tahniah semua penerima dan sukarelawan SV yang terlibat.

#BantuanBeras #DUNPemanis #BangsaJohor
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...