ZIARAH KASIH RAMADAN 2023 : MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN PERSEDIAAN ZIARAH
LABIS, 14 April - Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC - Daerah Segamat) telah mengadakan Program Ziarah Kasih : Bersama Masyarakat Orang Asli Islam Daerah Segamat.
Program dimulakan awal pagi dengan memasak bubur lambuk dan persediaan barang - barang sumbangan ziarah. Ia diadakan di sebuah kediaman bertempat di Taman Mewah, Labis.
Program mendapat kerjasama Southern Volunteer Daerah Segamat, Malaysian Relief Agency (MRA - Negeri Johor), Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS - Chaah).
Sebanyak dua periuk bubur lambuk disediakan untuk sedekah kepada kariah masjid berdekatan dan perkampungan Orang Asli.
Seramai 15 orang sukarelawan #TeamG2 telah terlibat bersama kumpulan sukarelawan lain. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua.
#ZiarahKasih #BuburLambuk #RamadanKareem
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)