#Emas34 : SESI PENILAIAN, REFLEKSI DAN PENYERAHAN LAPORAN BERSAMA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH SEGAMAT
FELDA PEMANIS, 4 Jun : Shafiqah Irdina Hairolzamri, 20 tahun menyerahkan laporan Tahap Emas untuk program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE).
Sesi Penilaian, Refleksi dan Penyerahan Laporan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah disempurnakan bersama Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus.
Beliau melaksanakan program di bawah bimbingan Mentor ARPRM iaitu Encik Mizam. Seorang lagi Mentor beliau adalah Encik Azizi Abd Rahim yang menyelia perekodan dalam Bahasa Inggeris.
Irdina melengkapkan lima komponen ARPRM sebagaimana disyaratkan, sebagaimana butiran berikut :
1. Khidmat Masyarakat, 169 jam, 13 bulan 16 hari
2. Kemahiran, 72 jam, 12 bulan 9 hari
3. Rekreasi Fizikal, 13 bulan 9 hari, 71 jam
4. Jelajah Lasak, 4 hari 3 malam, 64 jam
5. Projek Penempatan, 5 hari 4 malam, 67 jam
Tahniah diucapkan kepada Irdina.
#Emas34 #TeamG2 #ARPRM #BungaBangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)