Jumaat, 4 Oktober 2024

[1,613] ARPRM : Taklimat dan Pendaftaran Oktober 2024

 TAHNIAH ALICIA, PAVI DAN PRIYA YANG TELAH MENDAFTAR ARPRM TAHAP GANGSA 

TAMAN YAYASAN, 4 Oktober - Tiga orang pelajar Pra Universiti Tingkatan Enam pagi ini telah menyempurnakan pemahaman mengenai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) seterusnya mendaftar bagi melaksanakannya. Mereka melaksanakan menerusi Sistem Prolog.

Mereka adalah Alicia, Pavi dan Priya, remaja kaum India yang begitu bersemangat.

Program ARPRM, dikenali seluruh dunia sebagai The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) membuka ruang kepada semua renaja 14 - 24 tahun tanpa mengira kaum, jantina, fahaman dan agama. 

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Mentor manakala perkongsian pengalaman oleh Nur Saliha Jasmine. 

Semoga berjaya Alicia, Pavi dan Priya!

#ARPRM #TeamG2 #BungaBangsa

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...