‘Mulakan Dari Awal, Konsisten Markah PAJKS, Merit Penting Untuk Sambung Belajar’
FELDA PEMANIS, 1 Disember - “Jika mula lewat, maka markah PAJSK untuk dikira sebagai purata 5 tahun akan jadi rendah. Kalau dapat, kita mahukan semua pelajar mendapat Gred A dalam PAJSK.”
“ARPRM menyumbang markah untuk PAJSK. Sedaya upaya, sekolah akan cuba bantu untuk meningkatkan markah ini bagi keperluan menyambung belajar.
Untuk itu, pelajar harus konsisten dan tidak hanya ketika Tingkatan 4 atau 5 sahaja baru hendak menjadi hebat,” demikian serba sedikit pesanan Cikgu Azmi Ab Rahim, Pengetua SMK LKTP Pemanis ketika berucap dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah pagi ini.
Perhimpunan Mingguan hari ini telah diselitkan dengan Majlis Penyampaian Sijil Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2024 - Tahap Gangsa dan Perak.
Seramai 23 orang pelajar menerima pengiktirafan Tahap Gangsa dan 3 orang pula Tahap Perak menerusi program yang dilaksanakan oleh Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama SMK LKTP Pemanis itu.
Turut bersama dalam majlis adalah barisan pentadbir sekolah, guru - guru, Ketua Mentor ARPRM dan Alumni Tahap Emas.
4 Anugerah Khas telah disampaikan pagi ini sebagaimana berikut :
Anugerah Rekod Terbaik (Sistem Prolog Digital) – Tahap Gangsa
SOFFEA ALYA FALIESYA BINTI FADZLIE
Tingkatan 2
Anugerah Rekod Terbaik (Manual) – Tahap Gangsa
MUHAMMAD RIDA MUSLIM BIN ISMAIL
Tingkatan 2
Anugerah Rekod Terbaik (Manual) – Tahap Perak
MUHAMMAD RAMADDANI BIN ISMAIL
Tingkatan 4
‘Best of The Best’ Tahap Gangsa dan Perak
NURATHIRAH BINTI HALIM RASHIDI
Mahasiswa Universiti Islam Antarbangsa Malaysia
Anugerah Kepimpinan Tahap Emas
ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM
Alumni SMK LKTP Pemanis
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
Untuk makluman, Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Johor 2024 telah diadakan pada 27 November lalu manakala Majlis Pentauliahan Emas Kebangsaan pula pada 10 November. Ia menyaksikan secara keseluruhan Badan Operasi ARPRM #TeamG2 memperolehi 9 Emas, 9 Perak dan 28 Gangsa dengan para pesertanya terdiri dari pelbagai latar belakang institusi pendidikan dan pekerjaan.
#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)