Memaparkan catatan dengan label Lentera Kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lentera Kasih. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mei 2020

[463] Lentera Kasih 8.0 - Hari 9 : Kampung Lubok Kepong, Kampung Merigi, Kampung Awat dan Perumahan Gemas


#LenteraKasih8 | Hari ke 9

9 Ramadan 1441H

Taman Anggerik Desa dan Taman Ria di Gemas : 2 keluarga

Kampung Lubuk Kepong, Kampung Merigi dan Kampung Awat : 8 keluarga.

Ini menjadikan jumlah penerima manfaat dari sedekah semua sejak 1 Ramadan hingga hari ke 9 adalah seramai 82 orang. 

Berbagai kisah kehidupan hari ini : Ibu tinggal dengan anak - anak kecil, saudara baru mualaf sekeluarga, warga emas dan pelbagai lagi. Amanah dari semua atas sedekah untuk membantu komuniti telah disampaikan. 










Sukarelawan hari ini adalah Ashraf Husin dan Zam manakala penyelarasan di lapangan oleh Ustaz Saidi dan Encik Rosli. Terima kasih diucapkan. 

Marilah kita membantu komuniti dengan bersedekah. Kami masih perlukan bantuan semua. Ramai yang boleh kita bantu.

Sedekah itu tidak bermasa, tidak bersyarat. 

551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank
Barangan atau tunai

[462] Lentera Kasih 8.0 - Hari 8 : Kampung Kuala Paya, Kampung Balai Badang dan Kampung Mesudut Lama


LENTERA KASIH 8.0 - FASA 2

Jumaat, 1 Mei 2020 bersamaan 8 Ramadan 1441H

Hari ke 8 projek dan merupakan hari pertama dalam Fasa 2. Seramai 13 keluarga hari ini kami ziarahi menjadikan jumlah keseluruhan sejak 1 Ramadan adalah 72 keluarga. 

5 keluarga di Kg Kuala Paya, 5 keluarga di Kg Balai Badang dan 3 keluarga di Kg Mensudut Lama. 


















Penjejak hari ini adalah Ashraf Husin dan Zam dibantu oleh Ustaz Saidi dari MAIJ. Sahabat - sahabat di kampung berkaitan turut bersama.

Ada banyak cerita yang boleh diungkap hari ini, tetapi itu biar kami simpan sahaja. 

Kami masih perlukan sumbangan dermawan untuk kita bantu lebih ramai keluarga dalam Daerah Segamat. Marilah sama - sama kita hulurkan sedekah dan sumbangan kita untuk manfaat komuniti dan umat. Moga Allah rahmati semua penderma.

551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank

Ahad, 3 Mei 2020

[461] Lentera Kasih 8.0 - Hari 7 : Taman Yayasan dan Jalan Pemuda


LENTERA KASIH 8.0 - Khamis, 30 April 2020 bersamaan 7 Ramadan 1441H

Hari ke 7 dan terakhir Fasa 1 Lentera Kasih 8.0. Projek hari ini dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Majlis Belia Daerah Segamat.

Kami menyusur kawasan taman dan flat di Taman Yayasan. Menyelam kesusahan mereka. Ada pemandu lori yang tidak dapat berjalan sudah lama, ada pekerja yang kali terakhir dibayar gaji pada bulan Februari dan ada mualaf yang gigih bersama Islam sekeluarga.












Moga Allah beri semua mereka kekuatan.

Kami juga merentas sempadan kaum dan agama. Kebajikan itu isu kemanusian. 

Kami masih perlukan sumbangan dermawan untuk kita bantu lebih ramai keluarga dalam Daerah Segamat. Marilah sama - sama kita hulurkan sedekah dan sumbangan kita untuk manfaat komuniti dan umat. Moga Allah rahmati semua penderma.

551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...