Khamis, 5 September 2019

[412] Bengkel Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa Sesi 2019 - Kohort 15

Sepanjang bulan Julai dan Ogos 2019, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sebagai Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) telah melaksanakan beberapa siri Bengkel Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa untuk peserta sesi 2019. Mereka adalah Kohort ke 15 sepanjang sejarah pelaksanaan ARPRM G2.

Para peserta telah melengkapkan kesemua 4 komponen yang ditetapkan di dalam ARPRM Tahap Gangsa selama 6 bulan (3 bulan + 3 bulan salah satu komponen pilihan). Empat komponen itu adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Aktiviti ini adalah berasaskan pilihan peserta sendiri dan ada juga yang disediakan oleh pihak Badan Operasi.

Bengkel ini diadakan secara insentif untuk setiap individu atau kumpulan kecil bertujuan untuk memastikan para peserta merekod dengan betul, kemas dan teratur berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa. Kemudian, satu sesi penilaian ringkas bersama setiap peserta telah dijalankan bertujuan mendapatkan maklumbalas dan refleksi bersama.























Seramai 33 orang peserta ARPRM Tahap Gangsa dari G2 sesi ini berjaya melengkapkan aktiviti dan perekodan. Ia kemudian telah disahkan untuk layak ditauliahkan ARPRM Tahap Gangsa. Senarai semua yang layak ditauliahkan Tahap Gangsa adalah seperti berikut :

1 ISKANDAR ZULKARNAIN BIN AZWAN
2 ANIQ AMSYAR PUTRA BIN MD AZUAN
3 MUHAMMAD IHTISYAM FAKHRULLAH BIN MOHD SAIFULRIZAM
4 RUHIDATUL ALEYSA BINTI HAMIZON
5 NUR AKMA ASYIKIN BINTI NOOR HUSAIDI
6 MUHAMMAD AMIERUL FARIZ BIN AZMI
7 MUHAMMAD SUHAIZAD BIN MD ASHAARI
8 MUHAMMAD HASMIEZAN BIN ABDUL RANI
9 MOHD SHAHRIZAN BIN HARIUZANIE
10 ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHIM
11 SITI NUR FATIHAH BINTI MOHD SUKRI
12 NURUL HIDAYAH BINTI YAHYA
13 ARYSHA RAZWIN BINTI AZMI
14 NOR IFWANISHYA BINTI ZUYLKHAIRI LAU
15 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ARDANI 
16 NURAININ SOFEAH BINTI AZIZAN
17 NUR NAJIHAH BINTI AZHAR
18 AHMAD DANIEL BIN WARI
19 AZRUL IMAN BIN SABRI
20 FATIN FIRZANAH BINTI ESA
21 MOHAMMAD HAKIMI BIN PAIMIN 
22 MUHAMMAD SYAHFIQ DANISH BIN MOHD FAUZI
23 NURSHAQEENA BINTI ABAS
24 MUHAMMAD HAFIZ BIN AHMAD
25 NUR FATIN SAZWANI BINTI ESA
26 NORFAZWA FARHANI BINTI NAZRY
27 NUR AYUNI BINTI HAMZAH
28 NUR AIN BINTI NORHAMIDEE
29 DAYANA SYAHRIZAH BINTI ZOHARI
30 NUR FARISHA IDHA BINTI HAMZAH
31 NUR ALIESYA BINTI MOHD ANUAR
32 MUHAMAD IZHAM BIN ABD AZIZ
33 MUHAMMAD AL AZHARI BIN BASRI















G2 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya melepasi Tahap Gangsa. Semoga mereka juga dapat terus ke peringkat seterusnya iaitu Perak dan melengkapkannya.


Isnin, 2 September 2019

[411] Felo Korporat 2019 : Kohort Pertama oleh Suria Sipon

Selama dua bulan bermula 8 Julai 2019 dan tamat pada 30 Ogos 2019, Suria Sipon telah melalui projek internship Kerajaan Malaysia menerusi Program Felo Korporat di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Suria ditempatkan di Bousted Holding Berhad, sebuah anak syarikat Kerajaan Malaysia (GLC)
Sebagai seorang Felo Korporat, Suria menitipkan catatan ini menutup internship prestij beliau.
*****
Tamat sudah chapter sebagai Felo Korporat Boustead Holdings Berhad, satu program yang menempatkan saya terus dibawah Pengarah Urusan (Managing Director@CEO) iaitu Dato' Sri Amrin Awaluddin selama 2 bulan.
First of all, semestinya terima kasih tak terhingga pada family yg support lebih-lebih lagi kakak saya yg bernama Zarah.. Sejujurnya, sebelum mendapat tawaran sebagai Felo Korporat, saya telah pun memulakan latihan industri di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bermula 1/7/19. Pada 2/7/19 saya mendapat panggilan daripada Syarikat GLC Boustead Holdings Berhad dan menerima emel rasmi daripada Kementerian Belia & Sukan. Pada masa tu hanya Allah yang tahu keadaan saya untuk membuat keputusan. Sebelum intern di MEA mereka sokong sangat untuk ke felo jika mendapat tawaran tersebut. Tapi disebabkan sudah mula intern di MEA, Kakak, mak, dan keluarga tak beri keizinan pun sebenarnya untuk saya terima tawaran felo korporat ini dek kerana ia bertempat di Kuala Lumpur. Almaklumlah, kami yang asal daripada kampung ni mendengarkan nama Kuala Lumpur tu memang mendatangkan gerun pada kami, apatah lagi memikirkan kos hidup di KL dan mak yang risaukan bagaimana anak perempuannya ini hendak membawa diri. Sampai mengalir air mata ni untuk buat keputusan, ya lah, siapa tak sedih kalau keputusan kita tak mendapat sokongan. Saya minta pendapat mentor saya pula En.Armizam dan En.Azizi , mereka sememangnya mahu saya ke program ini, memang mereka sokong sepenuhnya dari awal lagi saya mohon program ini. Mereka memberikan kata-kata semangat, depa provoke saya.. Haha.. sampai saya buat keputusan ptg itu utk tolak tawaran felo ni tapi dengan hati yang berat dan sedih.. tapi tak terhenti disitu, Suria Binti Sipon ni memang seorang yang degil dan ikut kata hati sendiri, saya nak juga ke program felo korporat ini, saya mulakan persiapan dokumen dan sebagainya dalam masa yang sama segigihnya pujuk dan pujuk emak dan kakak. Tetap mereka berat hati tapi saya buat cekal hati, berhenti intern MEA dan malam itu 3/7/19 juga terus ke International Youth Centre untuk sesi orientasi. Tapi hati masih sedih sebab belum dapat keizinan sepenuhnya daripada emak dan kakak. Sepanjang saya belajar, mereka lah tulang belakang saya dan keluarga saya yang lain.
Pada 8/7/19 bermulanya saya sebagai Felo Korporat di Boustead Holdings Berhad. Mengikat kontrak sebagai felo selama 2 bulan sehingga 30/8/19. Hari itu, debaran di dada hanya Allah yg tahu. Mana tak nya, saya tahu di mana tahap saya, saya sangat rasa kerdil berbanding dengan felo-felo yang lain lebih-lebih lagi dalam 'speaking english'. Dan hanya saya seorang yang ditempatkan di bawah Boustead Holdings Berhad. Namun saya percaya, Allah always gives the best untuk hambanya.. tinggal kita sahaja yang bersyukur atau tidak dan bagaimana kita meraikan rasa syukur tersebut.
Hari pertama, sesi 'Induction' bersama Group Human Capital Management. Hari kedua saya terus diberi tempat di tingkat 28 , Menara Boustead iaitu level untuk boss-boss syarikat.
Tingkat 28 memang tak ramai.. Pada hari itu juga saya terus dipanggil oleh Dato' Sri Amrin untuk perkenalan dan diberikan tugasan pertama. Alhamdulillah, beliau seorang yang sangat, baik, memahami, 'low profile' , dan sangat membantu sy sebagai felo dalam mendapatkan pengalaman yg hebat dan berharga. Dato' Sri Amrin memberikan bimbingan pada saya dalam masa yang sama beliau mengajar sy independent dalam bekerja.
Saya juga berpeluang untuk kenal dengan dunia 'Property' dimana saya diberikan penerangan tentang Pengurusan Aset, pergi site visit dan bagaimana perkembangan sesebuah kawasan dapat dibina daripada kosong sehingga penuh kawasan tersebut dengan pembangunan.





















Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai felo dengan Dato' Sri Amrin, tugasan itu nampak senang tetapi sangat mencabar pada saya. Lebih-lebih lagi dalam tugasan Financial Analysis.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang menjadi felo korporat adalah pengalaman paling berharga dalam perjalanan hidup saya setakat ini. sehingga sekarang masih tak sangka bahawa saya boleh dapat menjadi felo korporat ini. Boleh hidup di KL sendiri. tidak dilupakan terima kasih tak terhingga pada pihak Kementerian Belia & Sukan yang telah tanggung kos penginapan dan makan saya selama sebulan di International Youth Centre.
Akhir sekali, terima kasih pada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa kalian. Semoga Allah membalas jasa kalian. dan terima kasih juga pada warga Boustead yang memberikan layanan terbaik pada diri ini. 

Semoga kita akan berjumpa lagi satu hari nanti.

Ayat paling best saya selalu dapat di Boustead adalah "yes, dia akan datang balik ke Boustead.. tapi sebagai CEO awak" hahaha.. aamiinn.. In Shaa Allah.. bermula dari felo korporat ini lah yang membuka minda saya lebih luas dalam dunia korporat .. tak salah untuk bermimpi ðŸ˜„😂 ..
Jika nak diceritakan lagi, boleh jadi satu buku kot.. haha.. saya harap, saya dapat memberikan inspirasi dalam diam kepada adik-adik di kampung saya. Semoga kita semua terus mendapat rahmat-Nya.. Pesanan saya, jangan berhenti untuk mencuba, kita taktahu rezeki kita di mana. saya mendapat saya ayat "dalam sepinggan nasi, kita taktahu yang mana satu rezeki kita, jadinya, jangan membuang rezeki" .. cuba dan cuba lagi, tak salah untuk berasa sedih tapi perlu bangkit juga.. dapatkan sokongan daripada orang-orang yang memahami anda. Perdulikan mereka yang memandang rendah pada diri anda..
Last, Keep striving for better future.. Thanks all ♥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...