Selama dua bulan bermula 8 Julai 2019 dan tamat pada 30 Ogos 2019, Suria Sipon telah melalui projek internship Kerajaan Malaysia menerusi Program Felo Korporat di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Suria ditempatkan di Bousted Holding Berhad, sebuah anak syarikat Kerajaan Malaysia (GLC)
Sebagai seorang Felo Korporat, Suria menitipkan catatan ini menutup internship prestij beliau.
*****
Tamat sudah chapter sebagai Felo Korporat Boustead Holdings Berhad, satu program yang menempatkan saya terus dibawah Pengarah Urusan (Managing Director@CEO) iaitu Dato' Sri Amrin Awaluddin selama 2 bulan.
First of all, semestinya terima kasih tak terhingga pada family yg support lebih-lebih lagi kakak saya yg bernama Zarah.. Sejujurnya, sebelum mendapat tawaran sebagai Felo Korporat, saya telah pun memulakan latihan industri di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bermula 1/7/19. Pada 2/7/19 saya mendapat panggilan daripada Syarikat GLC Boustead Holdings Berhad dan menerima emel rasmi daripada Kementerian Belia & Sukan. Pada masa tu hanya Allah yang tahu keadaan saya untuk membuat keputusan. Sebelum intern di MEA mereka sokong sangat untuk ke felo jika mendapat tawaran tersebut. Tapi disebabkan sudah mula intern di MEA, Kakak, mak, dan keluarga tak beri keizinan pun sebenarnya untuk saya terima tawaran felo korporat ini dek kerana ia bertempat di Kuala Lumpur. Almaklumlah, kami yang asal daripada kampung ni mendengarkan nama Kuala Lumpur tu memang mendatangkan gerun pada kami, apatah lagi memikirkan kos hidup di KL dan mak yang risaukan bagaimana anak perempuannya ini hendak membawa diri. Sampai mengalir air mata ni untuk buat keputusan, ya lah, siapa tak sedih kalau keputusan kita tak mendapat sokongan. Saya minta pendapat mentor saya pula En.Armizam dan En.Azizi , mereka sememangnya mahu saya ke program ini, memang mereka sokong sepenuhnya dari awal lagi saya mohon program ini. Mereka memberikan kata-kata semangat, depa provoke saya.. Haha.. sampai saya buat keputusan ptg itu utk tolak tawaran felo ni tapi dengan hati yang berat dan sedih.. tapi tak terhenti disitu, Suria Binti Sipon ni memang seorang yang degil dan ikut kata hati sendiri, saya nak juga ke program felo korporat ini, saya mulakan persiapan dokumen dan sebagainya dalam masa yang sama segigihnya pujuk dan pujuk emak dan kakak. Tetap mereka berat hati tapi saya buat cekal hati, berhenti intern MEA dan malam itu 3/7/19 juga terus ke International Youth Centre untuk sesi orientasi. Tapi hati masih sedih sebab belum dapat keizinan sepenuhnya daripada emak dan kakak. Sepanjang saya belajar, mereka lah tulang belakang saya dan keluarga saya yang lain.
Pada 8/7/19 bermulanya saya sebagai Felo Korporat di Boustead Holdings Berhad. Mengikat kontrak sebagai felo selama 2 bulan sehingga 30/8/19. Hari itu, debaran di dada hanya Allah yg tahu. Mana tak nya, saya tahu di mana tahap saya, saya sangat rasa kerdil berbanding dengan felo-felo yang lain lebih-lebih lagi dalam 'speaking english'. Dan hanya saya seorang yang ditempatkan di bawah Boustead Holdings Berhad. Namun saya percaya, Allah always gives the best untuk hambanya.. tinggal kita sahaja yang bersyukur atau tidak dan bagaimana kita meraikan rasa syukur tersebut.
Hari pertama, sesi 'Induction' bersama Group Human Capital Management. Hari kedua saya terus diberi tempat di tingkat 28 , Menara Boustead iaitu level untuk boss-boss syarikat.
Tingkat 28 memang tak ramai.. Pada hari itu juga saya terus dipanggil oleh Dato' Sri Amrin untuk perkenalan dan diberikan tugasan pertama. Alhamdulillah, beliau seorang yang sangat, baik, memahami, 'low profile' , dan sangat membantu sy sebagai felo dalam mendapatkan pengalaman yg hebat dan berharga. Dato' Sri Amrin memberikan bimbingan pada saya dalam masa yang sama beliau mengajar sy independent dalam bekerja.
Saya juga berpeluang untuk kenal dengan dunia 'Property' dimana saya diberikan penerangan tentang Pengurusan Aset, pergi site visit dan bagaimana perkembangan sesebuah kawasan dapat dibina daripada kosong sehingga penuh kawasan tersebut dengan pembangunan.
Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai felo dengan Dato' Sri Amrin, tugasan itu nampak senang tetapi sangat mencabar pada saya. Lebih-lebih lagi dalam tugasan Financial Analysis.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sepanjang menjadi felo korporat adalah pengalaman paling berharga dalam perjalanan hidup saya setakat ini. sehingga sekarang masih tak sangka bahawa saya boleh dapat menjadi felo korporat ini. Boleh hidup di KL sendiri. tidak dilupakan terima kasih tak terhingga pada pihak Kementerian Belia & Sukan yang telah tanggung kos penginapan dan makan saya selama sebulan di International Youth Centre.
Akhir sekali, terima kasih pada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa kalian. Semoga Allah membalas jasa kalian. dan terima kasih juga pada warga Boustead yang memberikan layanan terbaik pada diri ini.
Semoga kita akan berjumpa lagi satu hari nanti.
Ayat paling best saya selalu dapat di Boustead adalah "yes, dia akan datang balik ke Boustead.. tapi sebagai CEO awak" hahaha.. aamiinn.. In Shaa Allah.. bermula dari felo korporat ini lah yang membuka minda saya lebih luas dalam dunia korporat .. tak salah untuk bermimpi 😄😂 ..
Jika nak diceritakan lagi, boleh jadi satu buku kot.. haha.. saya harap, saya dapat memberikan inspirasi dalam diam kepada adik-adik di kampung saya. Semoga kita semua terus mendapat rahmat-Nya.. Pesanan saya, jangan berhenti untuk mencuba, kita taktahu rezeki kita di mana. saya mendapat saya ayat "dalam sepinggan nasi, kita taktahu yang mana satu rezeki kita, jadinya, jangan membuang rezeki" .. cuba dan cuba lagi, tak salah untuk berasa sedih tapi perlu bangkit juga.. dapatkan sokongan daripada orang-orang yang memahami anda. Perdulikan mereka yang memandang rendah pada diri anda..
Last, Keep striving for better future.. Thanks all ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)