ALHAMDULILLAH, Bengkel Seni Tari Zapin Siri 2 telah telah selamat dijayakan. Ia adalah hasil kerjasama dari Kelab Zapin Seri Manis 2, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Alumni SMK Pemanis dan Pentadbiran SMK Pemanis. Ia merupakan kesinambungan dari Bengkel Asas Zapin Siri 1 yang diadakan pada bulan Ogos 2014 yang lalu. Bengkel dan latihan telah berlangsung selama 10 hari bermula 26 Januari - 4 Februari 2015.
Dua orang Jurulatih dari Alumni SMK Pemanis dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyumbang bakti dengan penuh dedikasi bagi menjayakan bengkel dan latihan. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Fauzaien Norhani (Zaien Melowr) dan Mohd Firdaus Zainal. Mereka adalah pezapin dan jurulatih yang sudah lebih 10 tahun bergiat di dalam zapin dan masing - masing pernah membuat persembahan di luar negara.
Bengkel Zapin Siri 2 diadakan dengan matlamat (1) Sebagai latihan persediaan untuk lagu dan gerak tari baharu bagi dipersembahkan semasa Majlis Persaraan Pengetua SMK Pemanis pada 5 Februari nanti. (2) Memugar seni budaya tari tradisional Melayu Johor supaya tidak lekang dek zaman dan perubahan semasa. (3) Melatih pelapis dari kalangan generasi muda terhadap seni tari zapin.
Pada waktu siang, bengkel latihan ini diadakan di SMK Pemanis. Manakala pada waktu malam, ia disambung semula di kediaman jurulatih dan penyelaras program. Seramai 11 orang peserta terdiri dari 5 lelaki dan 6 perempuan telah menyertainya.
Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Peserta dan Cenderahati Jurulatih telah disempurnakan oleh Puan Zabedah Abdul Rashid, GPK 1 SMK Pemanis sebentar tadi. Tahniah kepada adik - adik yang menyempurnakan latihan selama seminggu siang dan malam. Terima kasih kepada barisan Jurulatih yang dedikasi.
Jurulatih : Mohd Fauzaien Norhani dan Mohd Firdaus Zainal
Gambar - gambar penuh boleh dilihat di Album Gambar Facebook Belia Felda Pemanis.
Manakala berikut adalah tiga klip video, termasuk satu Persembahan Khas sempena Majlis Persaraan Pengetua SMK Pemanis.
(Memang sukar untuk melestarikan seni budaya. Banyak halangan yang perlu ditempuhi. Menempuh stigma dan persepi generasi muda hari ini yang pesimis terhadap seni tari zapin. Nanum, semangat dan kesungguhan mengatasi segala - galanya. Terima kasih semua.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)