Memaparkan catatan dengan label Zapin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zapin. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

[167] Persembahan Zapin Sempena Ambang Merdeka Anjuran KRT Taman Yayasan Fasa 5

KELAB Zapin Seri Manis 2 telah berkesempatan diundang untuk membuat persembahan zapin sempena Sambutan Ambang Merdeka dan Merdekaraya anjuran KRT Taman Yaysan Fasa 5A malam tadi, Ahad 30 Ogos 2015. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput.





Program telah diserikan dengan kehadiran YB Hajah Norshidah Ibrahim, ADUN Buloh Kasap.










Dalam persembahan itu, Seri Manis Dua telah mebuat dua persembahan iaitu Zapin Kores / Tanjung Labuh menerusi lagu Bunga Hutan dan Zapin Padang Sari.

Sebelum persembahan, sesi latihan untuk menyegarkan semula ingatan berkenaan langkah dan pola telah diadakan selama dua hari.




Gambar - gambar penuh ada di sini : Persembahan Zapin Anjuran KRT Taman Yayasan Fasa 5A

Manakala ini pula ada dua klip video yang memaparkan dua persembahan itu tadi.



Isnin, 16 Februari 2015

[136 : G2] Pertandingan Zapin Johor Terbuka Segamat 2015


Pertandingan Pertandingan Zapin Melayu Johor Terbuka Segamat 2015 sempena Karnival Kesihatan, Kebudayaan dan Sukan  telah diadakan pada Sabtu, 14 Februari 2015 di Dataran Segamat. Pertandingan Akhir ini dilakukan pada sebelah malam setelah tamat Saringan Awal pada sebelah petang. Zapin Seri Manis 2 memberanikan diri memasuki pertandingan ini yang berkonsepkan zapin asli Melayu Johor (dari senarai 14 jenis zapin Johor) dengan irama yang juga asli. Kami membawakan Zapin Kores - Tanjung Labuh dengan rentak lagu Bunga Hutan. Ia adalah hasil koreografi dan latihan oleh Fauzaien Norhani, Mohd Firdaus Zainal dan Azliyana Jamal. Lapan orang artis budaya Seri Manis Dua, empat lelaki dan empat perempuan bersama - sama menjayakan persembahan untuk pertandingan ini.



Tewas di Peringkat Akhir di hadapan ribuan penonton Dataran Segamat, namun ia satu pengalaman dan pembelajaran zapin yang cukup besar dan bermakna kepada artis budaya zapin. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan membantu dalam meneruskan kesinambungan seni budaya Melayu Johor.

Melangkah ke peringkat akhir adalah sesuatu yang tidak terfikirkan. Walaupun tiada rezeki di situ, namun pengalaman melepasi saringan dan 6 kali mempersembahkan zapin dalam sehari adalah sesuatu yang mengujakan untuk Zapin Seri Manis 2. Terima kasih kepada penganjur, barisan jurulatih yang sungguh dedikasi mengkoreografkan dalam masa dua hari dengan terpaksa mematuhi hukum dan peraturan Zapin Melayu Johor dari 14 jenis zapin Johor : Fauzaien Norhani, Mohd Firdaus Zainal dan Azliyana Jamal. Anda memang superb. 

Terima kasih kepada adik - adik penyambung legasi seni budaya zapin Johor : Hamka Arshad, Irfan, Aiman Danial, Faizal Sajat, Faieza Hashim, Norwahidah Abdullah, Aina Azizan dan Shuhadah. Juga untuk yang lain : Syikin Basri, Shahira Paiman, Akhmal Hafizi dan Aiman Hakimi. Melepasai penjurian lisan di atas pentas, menari zapin spontan beramai - ramai, bersama jurulatih dan banyak lagi. Semua ini tidak pernah berlaku sebelum ini kepada mereka. Satu lonjakan yang besar. Terima kasih kepada semua keluarga ahli zapin yang hadi memberikan sokongan, juga kepada rakan - rakan yang hadir memenuhi Dataran Segamat. Sukar untuk menembusi stigma pemikiran mengenai seni budaya asli. Sesuatu yang menjangkaui sehingga nilai falsafah, ketika remaja hari ini disogok dengan peperangan nilai luar yang bertubi - tubi. 

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih

# Gambar - gambar ada di pautan Facebook Belia Felda Pemanis

Berikut adalah dua video klip persembahan dari Seri Manis Dua. Pertama pada peringkat Saringan Awal manakala yang kedua adalah pada Peringkat Akhir.




Ini pula adalah 6 video klip persembahan kumpulan - kumpulan lain yang sempat kami rakam. Maaf, tidak semua kumpulan yang membuat persembahan sempat kami rakam.







Sabtu, 7 Februari 2015

[134] Bengkel Seni Tari Zapin Siri 2

ALHAMDULILLAH, Bengkel Seni Tari Zapin Siri 2 telah telah selamat dijayakan. Ia adalah hasil kerjasama dari Kelab Zapin Seri Manis 2, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Alumni SMK Pemanis dan Pentadbiran SMK Pemanis. Ia merupakan kesinambungan dari Bengkel Asas Zapin Siri 1 yang diadakan pada bulan Ogos 2014 yang lalu. Bengkel dan latihan telah berlangsung selama 10 hari bermula 26 Januari - 4 Februari 2015.

Dua orang Jurulatih dari Alumni SMK Pemanis dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyumbang bakti dengan penuh dedikasi bagi menjayakan bengkel dan latihan. Terima kasih diucapkan kepada Mohd Fauzaien Norhani (Zaien Melowr) dan Mohd Firdaus Zainal. Mereka adalah pezapin dan jurulatih yang sudah lebih 10 tahun bergiat di dalam zapin dan masing - masing pernah membuat persembahan di luar negara.

Bengkel Zapin Siri 2 diadakan dengan matlamat (1) Sebagai latihan persediaan untuk lagu dan gerak tari baharu bagi dipersembahkan semasa Majlis Persaraan Pengetua SMK Pemanis pada 5 Februari nanti. (2) Memugar seni budaya tari tradisional Melayu Johor supaya tidak lekang dek zaman dan perubahan semasa. (3) Melatih pelapis dari kalangan generasi muda terhadap seni tari zapin.




Pada waktu siang, bengkel latihan ini diadakan di SMK Pemanis. Manakala pada waktu malam, ia disambung semula di kediaman jurulatih dan penyelaras program. Seramai 11 orang peserta terdiri dari 5 lelaki dan 6 perempuan telah menyertainya.
Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Peserta dan Cenderahati Jurulatih telah disempurnakan oleh Puan Zabedah Abdul Rashid, GPK 1 SMK Pemanis sebentar tadi. Tahniah kepada adik - adik yang menyempurnakan latihan selama seminggu siang dan malam. Terima kasih kepada barisan Jurulatih yang dedikasi. 


Jurulatih : Mohd Fauzaien Norhani dan Mohd Firdaus Zainal








Gambar - gambar penuh boleh dilihat di Album Gambar Facebook Belia Felda Pemanis.

Manakala berikut adalah tiga klip video, termasuk satu Persembahan Khas sempena Majlis Persaraan Pengetua SMK Pemanis.




(Memang sukar untuk melestarikan seni budaya. Banyak halangan yang perlu ditempuhi. Menempuh stigma dan persepi generasi muda hari ini yang pesimis terhadap seni tari zapin. Nanum, semangat dan kesungguhan mengatasi segala - galanya. Terima kasih semua.)

Khamis, 13 November 2014

[119] Siri Latihan Zapin Seri Manis 2 Tahun 2014

Berikut adalah lapan klip video untuk Siri Latihan Zapin Seri Manis 2 bagi tahun 2014 yang sempat dirakam sepanjang bulan Oktober 2014. Terima kasih kepada barisan jurulatih yang berkesematan untuk memberikan sentuhan kepada pezapin - pezapin Seri Manis 2.












Selasa, 4 November 2014

[117] Program Membara Kebudayaan - Pertandingan Zapin Bahagian Sekijang 2014


Kelab Zapin Seri Manis 2 telah menyertai Pertandingan Zapin Bahagian Sekijang di dalam Program Membara Kebudayaan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sekijang. Program telah diadakan pada Sabtu, 1 November 2014 jam 08.30 malam bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong, Segamat.

Sebanyak 5 pasukan zapin telah mengambil bahagian. Kelab Zapin Seri Manis 2 adalah salah satu dari pasukan yang bertanding. Alhamdullillah, telah memenangi tempat kedua (Naib Juara) di mana Juara disandang oleh Sanggar Budaya dari Kg Paya Besar dan tempat ketiga pula adalah dari Felda Redong (Seri Siantan).

Berikut adalah lima pasukan yang bertanding.




Ini tentunya Seri Manis 2 :)

Mula - mula, ada penjurian untuk busana dan tatarias, sebelum setiap kumpulan mempersembahkan zapin mereka. Seri Manis 2 giliran terakhir, ke - 5.


Bersiap - siap sebelum persembahan bermula.



Suasana ketika pertandingan dijalankan. Juga ada tayangan 'big screen' perlawanan akhir bola sepak Oppo Piala Malaysia antara JDT dan Pahang.  (Sedih, JDT kalah malam itu). Gambar - gambar penuh ada di Album Facebook Belia Felda Pemanis.




Dan, ini apabila keputusan diumumkan.

Johan
Naib Johan
Ketiga
Mari kita lihat persembahan kesemua lima pasukan yang bertanding. Video ini dmuatnaik di dalam Saluran YouTube G2 Pemanis.






Sebelum menutup tulisan kali ini, kita imbas di belakang tabir beberapa aksi anak - anak Kelab Zapin Seri Manis 2. Mereka yang manis, mereka yang cantik dan menawan. Mereka adalah Generasi Kedua (2 orang) dan Generasi Ketiga (7 orang) dari Felda Pemanis Satu dan Felda Pemanis Dua.





Terima kasih kepada barusan jurulatih yang memberikan sentuhan terhadap latihan pasukan zapin ini.

Mohd Firdaus Zainal Abidin, Ketua Jurulatih
Mohd Fauzaien Norhani, Jurulatih
Mohd Yusri Sajat, Jurulatih
Terima kasih kepada semua. Semoga Seri Manis 2 terus cemerlang! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...