
Program disempurnakan oleh YB Datuk Zulkurnain
Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan
Kerajaan Negeri Johor.
Dianggarkan seramai 3,500 orang belia dari seluruh negeri Johor, termasuk pelajar Kolej Matrikulasi Johor, mengikuti program berkenaan.
Program dimulakan dengan bertadarus al Quran mengikut kumpulan dan juzuk yang telah ditetapkan. Kemudian, menunaikan solat Asar. Selepas solat Asar, satu ceramah telah disampaikan. Ia kemudian diikuti dengan Majlis Khatam al - Quran. Para peserta berbuka puasa ringkas dahulu (kurma dan air) sebelum solat Maghrib. Selesai solat, diadakan jamuan makan malam di dalam dulang beramai - ramai dengan bersila di Dataran KMJ. Ia sungguh menyeronokkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)