Sabtu, 25 Julai 2015

[161] Taklimat dan Mengisi Borang Online Sistem Matrikulasi 2016 / 2017 Kelompok 1998

PERSATUAN Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama Pusat Intenet 1Malaysia Felda Pemanis Satu telah melaksanakan sesi penerangan dan taklimat Sistem Matrikulasi dan Halatuju Selepas SPM kepada kumpulan pertama (kelas aliran Sains) untuk anak - anak Pemanis Kelompok 1998. Ia diadakan pada Jumaat, 24 Julai 2015 dari jam 03.00 - 05.00 petang.

Ia dimulakan dengan sesi penerangan halatuju dan pilihan yang ada untuk lepasan SPM. Ia meliputi kepelbagaian pilihan untuk menyambung pengajian sama ada dalam aliran akademik, teknikal, vokasional, kemahiran atau lain - lain. Seramai 16 dari 17 orang Kelompok Sains 1998 hadir untuk program ini. Seorang lagi walaubagaimanapun telah mengisi juga pada sebelah malam (kerana ada halangan pada waktu program). Ini menjadikan semua telah mengisi.




Seterusnya, diadakan sesi mengisi borang online permohonan matrikulasi menggunakan nombor pin yang telah dibelikan untuk semua. Ia bantu oleh fasilitator - fasilitator dari G2 yang memastikan pemahaman yang betul dan tiada kesilapan dalam pengisian borang. Para peserta juga sebelum itu diberikan penerangan menegnai perlaksanaan sistem matrikulasi, kelebihan dan peluang yang mereka boleh dapat.

G2 mengucapkan terima kasih kepada Encik Iftitah, Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Satu dan fasilitator bertugas Nur AshraffAsz Stifler (Mohd Naziem Pairan) dan Azhari Imran.




Gambar - gambar penuh program ada di sini : Taklimat dan Mengisi Borang Online Sistem Matrikulasi.

Untuk memohon Matrikulasi bagi sesi 2016 / 2017 (Batch 1998, SPM 2015), bolehlah mendapatkan nombor pin di BSN dengan harga RM 6.06 (ya, ada 6 sen kerana GST). Kemudian, pergilah ke laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/, baca keterangan dan panduan dahulu sebelum memohon.

Sedikit panduan yang disedut dari laman web permohonan matrikulasi sebagai panduan awal untuk permohonan.


Semoga berjaya semua. Doa kami mengiringi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...