Ahad, 9 Ogos 2015

[164] Pembentangan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda (Cawangan Pembangunan Potensi) telah melaksanakan Sesi Pembentangan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas seluruh negara. Pada hari Sabtu, 8 Ogos 2015 telah disempurnakan sesi untuk para peserta zon Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Johor Bahru.





Empat peserta dari Johor telah membentang Laporan Tahap Emas masing - masing. Mereka adalah dua orang guru perempuan Cina dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian, seorang perempuan India dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulaijaya dan seorang lelaki Melayu dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Segamat, iaitu Mohd Firdaus Zainal). Tahniah kepada semua peserta dari negeri Johor yang layak dan akan ke pentas Pentauliahan ARPRM Tahap Emas Kebangsaan dalam waktu terdekat ini.



Pembentangan bermula jam 10.30 pagi. Setiap peserta mengambil masa lebih kurang 40 minit. Panel ARPRM kemudiannya membuat ulasan dan maklumbalas hasil pembentangan peserta. Peserta dikehendaki menerangkan serba ringkas biodata diri mereka dan apa yang mereka lakukan menerusi program ARPRM. Para pembentang juga memberikan pandangan apa yang mereka pelajari, dapati dan kemajuan - kemajuan yang diperolehi hasil dari  sepanjang mengikuti program ARPRM.



Turit sama adalah Puan Hajah Supiarti, Pegawai Rakan Muda Negeri Johor dan Encik Carl, Pegawai Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Gambar - gambar penuh Sesi Pembentangan Laporan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas 2015 Zon Negeri Johor ada di pautan yang dilampirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...