TERIMA KASIH kepada semua adik - adik pelajar dan fasilitator yang menjayakan Program Bintang Sains dan Matematik UPSR SK Pemanis Satu Siri 3 hari ini. Ia adalah 'coaching' secara klinikal intensif 1 - 1 antara fasilitator dan pelajar dalam persediaan sebulan sahaja lagi menjelang UPSR. Siri 3 telah diadakan pada Sabtu, 1 Ogos 2015 bertempat di SK Pemanis Satu.
Program adalah anjuran bersama SK Pemanis Satu, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan PIBG SK Pemanis Satu. Sebelas orang fasilitator akademik telah terlibat bersama 11 orang adik - adik pelajar. Sebahagian pelajar yang lain mempunyai program khas bersama PPD Segamat dan tidak dapat bersama.
11 orang fasilitator yang bersama menjayakan program adalah :
1. Mohd Naziem Pairan - ex SPKS, UMT
2. Mohd Shafiq Wahid - ex SKPS, KMPH
3. Musliha Amir - ex SKPS, UTM
4. Hidayah Zainal - ex SKPD, UiTM
5. Aspa Lili Azura Jaafar, ex SKPD, KMPk
6. Soleha Saat, ex - SKPS
7. Ernee Natasha - ex SKPS, IB JPA MARA
8. Ainaa Nazurah - ex SKPS, SMP
9. Fikri Hafizi - ex KP SKPS, SMP
10. Arif Mail - ex SKPD, SMP
11. Ilmy Ibrahim ex SKPD, SMP
2. Mohd Shafiq Wahid - ex SKPS, KMPH
3. Musliha Amir - ex SKPS, UTM
4. Hidayah Zainal - ex SKPD, UiTM
5. Aspa Lili Azura Jaafar, ex SKPD, KMPk
6. Soleha Saat, ex - SKPS
7. Ernee Natasha - ex SKPS, IB JPA MARA
8. Ainaa Nazurah - ex SKPS, SMP
9. Fikri Hafizi - ex KP SKPS, SMP
10. Arif Mail - ex SKPD, SMP
11. Ilmy Ibrahim ex SKPD, SMP
Untuk Siri 3 ini, program menumpukan kepada Sains Kertas 1 dan Kertas 2 selama 2 jam dan diikuti oleh Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 selama 2 jam berikutnya. Setiap fasilitator mengambil seorang pelajar UPSR dan diberikan bimbingan intensif menjawab soalan - soalan peperiksaan.
Siri 4 dan 5 dirancang akan dilaksanakan dalam masa yang ada sebelum UPSR 2015 yang akan diadakan pada 9 September akan datang.
Gambar - gambar penuh ada di sini :
Manakala ini pula adalah dua klip video yang sempat dirakamkan.
Terima kasih semua. Berjumpa lagi siri akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)