Ini adalah Bahagian 1 dari 2 bahagian mengenai catatan mengikuti Program Integrasi 3S 2015 oleh Hasni Zaini. Program berlangsung dari 13 - 26 Oktober 2015 di dua lokasi utama iaitu Felda Tenggaroh 2, Mersing dan Kg Tambirat, Asajaya, Samarahan, Sarawak.
Bahagian 1 ini merupakan koleksi catatan yang dipaparkan di Facebook Belia Felda Pemanis bermula dari Hari Pertama hingga Hari Ketujuh di mana Program 3S diadakan di Felda Tenggaroh 2, Mersing.
Saksikan semua album berdasarkan hari sepanjang Program 3S menerusi Facebook Belia Felda Pemanis dan Insagram beliag2pemanis
12 Oktober 2015
Kunjungan hormat Hasni Zaini menemui Encik Hyad Eddie Unit Belia, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat sebelum berlepas untuk Program Integrasi Belia 3S di bawah Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selama dua minggu bermula awal pagi esok. Hasni mewakili G2, Belia Segamat dan Belia Johor. Media G2 akan membawakan laporan harian program dari Johor dan Bumi Kenyalang itu.
Hari Pertama, 13 Oktober 2015
Memulakan perjalanan jam 07.30 pagi dari Segamat untuk ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor di Larkin. Para peserta melapor diri di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. 36 orang dari seluruh Malaysia. Sesi Pengurusan dan Taklimat, kemudian diikuti dengan sesi lain yang telah diatur. Ini adalah jadual program sepanjang 14 hari. Seramai 36 orang peserta dari seluruh Malaysia berkumpul di sana untuk dua hari satu malam sebelum ke tempat lain. Melapor diri kemudian sesi taklimat dan pengenalan diri. Sebelah petang diisi dengan taklimat dari MARA dan penjelasan Dasar Belia Malaysia. Malam pula sesi bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Esok akan bertolak ke Felda Tenggaroh 2, Mersing untuk program di sana pula.
Hari Kedua, 14 Oktober 2015
Selepas Zuhur, bertolak dari Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin untuk ke program komuniti pertama (Semenanjung Malaysia) di Felda Tenggaroh 2, Mersing. Para peserta diberikan keluarga angkat sejurus tiba pada lewat petang. Sambutan yang diberikan amat meriah. Pada sebelah malam pula, ada program khusus yang telah disusun di Balai Raya Felda Tenggaroh 2. Mereka diberikan taklimat berkenaan keselamatan dan pengurusan Felda. Peserta Integrasi Belia 3S akan berada di sini sehingga 20hb Oktober nanti sebelum terbang ke Bumi Kenyalang.
Hari Ketiga, 15 Oktober 2015
Hari ini dimulakan dengan bersarapan bersama keluarga angkat, sebelum senaman pagi. Kemudian diadakan Jelajah Agroville (Explorace) sekitar Felda Tenggaroh 2. Turut sama adik - adik lepasan UPSR 2015. Pada sebelah petang pula, sesi lawatan ke Projek Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3. Turut diadakan adalah program Jejak Tenggaroh 2. Para peserta kemudian membaca Yasin dan Tahlil di Masjid Felda Tenggaroh 2. Sesi pada hari ini ditutup dengan refleksi di Balai Raya Felda Tenggaroh 2.
Hari Keempat, 16 Oktober 2015
Hari ini dimulakan dengan lawatan dan belajar kemahiran bersama pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kumpulan Hasni belajar membuat kek. Ia kemudian bersambung selepas solat Jumaat. Pada sebelah petang pula, ada program Jalinan Mesra Persahabatan Futsal antara Pasukan 3S bersama belia tempatan. Kemudian, pada sebelah malam diisi dengan latihan persembahan kebudayaan, menampilkan Kak Azin dari Kementerian Belia dan Sukan sebagai jurulatih tarian. Program bersambung lagi esok. 10 hari lagi untuk diselesaikan.
Hari Kelima, 17Oktober 2015
Setelah 4 hari padat dengan aktiviti dan perjalanan, hari kelima diisi dengan sesi bersama keluarga angkat masing - masing. Program mengikut keluarga angkat masing - masing. Lewat petang baru para peserta ke Tanjung Leman untuk bersantai. Malam pula diadakan sesi latihan persembahan untuk malam kebudayaan. 3S bersambung semula esok untuk hari keenam. 9 hari lagi berbaki.
Hari Keenam, 18 Oktober 2015
Hari keenam diisi dengan aktiviti yang pelbagai. Para peserta 3S melawat pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Mereka juga bersama adik - adik pelajar SK Felda Tenggaroh 2 mempelajari sembelihan ayam yang kemudiannya dimasak mengikut kreativiti kumpulan masing - masing. Akltiviti memukat ikan di kolam juga antara yang menyeronokkan. Tuan PengarahJabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Encik Abd Aziz hari ini turut bersama peserta 3S. Pada sebelah malam seperti biasa latihan persembahan kebudayaan diadakan. Program hari ke 7 bersambung esok, tepat seminggu. Maka, tujuh hari lagi harus diteruskan.
Hari Ketujuh, 19 Oktober 2015
Sesi pagi bertempat di SMK Tenggaroh dimulakan dengan Dialog Tokoh Belia menampilkan Sdra Madnzri Haji Nasip, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) merangkap Timbalan Pengarah Seranta Felda. Juga menampilkan Sdra Jufri Johar, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi slot Dialog Patriotisme. Sebelah petang adalah persiapan untuk program istimewa pada sebelah malamnya. Pada sebelah malam, diadakan Majlis Ekpressi Diri, Kenduri Sekampung dan Penyerahan Peserta. Ini malam terakhir di Felda Tenggaroh 2. Esok, hari ke 8, para peserta Program 3S akan terbang ke Bandaraya Kuching, Sarawak untuk seminggu pula di sana.
Bersambung pula nanti di Bahagian Ke - 2 untuk cerita 7 hari di Kuching, Sarawak pula :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)