Alhamdullilah, seramai 25 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) Tahap Perak Peringkat Negeri Johor pada Rabu, 28 Oktober 2015 yang lalu. Majlis telah berlangsung di Dewan Serbaguna Segamat. Kesemua 10 daerah dari negeri Johor berhimpun di Segamat untuk majlis yang sungguh bermakna itu.
Jumlah itu adalah sebahagian dari 436 orang peserta ARPRM Tahap Perak seluruh Johor yang telah layak ditauliahkan setelah memenuhi kesemua 4 cabaran komponen berasaskan syarat, jumlah jam dan bulan yang ditetapkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu ARPRM - DoFE, klik pautan yang diberikan.
Majlis Pentauliahan telah disempurnakan oleh Tuan Zalkeri Salleh, Pengarah Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda selaku wakil rasmi kepada Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Datuk Hatipah Ibrahim.
Pada majlis yang sama juga telah disampaikan beberapa anugerah khas. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga merangkul Anugerah Badan Operasi ARPRM - Kategori NGO Terbaik Negeri Johor 2015, kali kedua dalam sejarah G2 setelah pertama kali 2013 lalu ketika majlis pentauliahan diadakan di Dewan Bandaran Kejoran, Bandar Penawar, Kota Tinggi. ARPRM G2 telah menewaskan 3 lagi calon Kategori NGO iaitu Persatuan Belia Cergas, Pontian (Akta ROY), Persatuan Belia Pantas Bersatu, Kluang (Akta ROY) dan Kelab Lions Batu Pahat (Akta ROS). Lain - lain anugerah adalah Pemimpin ARPRM Lelaki Aktif, Pemimpin ARPRM Wanita Aktif dan Badan Operasi - Kategori Daerah Terbaik. Beberapa sekolah yang aktif melaksanakan ARPRM juga diberikan insentif oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Berikut adalah senarai 25 orang dari G2 yang telah ditauliahkan ARPRM Tahap Perak, bersama video dan gambar mereka ketika menerima anugerah di atas pentas.
Ketika makan tengah hari setelah selesai pentauliahan Tahap Gangsa (sidang pagi) sementara menanti pentauliahan Tahap Perak (sidang petang), G2 telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena ulang tahun pendaftaran Persatuan dan pentauliahan. Kesemua peserta Tahap Gangsa dan Perak bersama barisan penggerak program ARPRM telah bersama - sama menyambutnya.
G2 juga telah diberikan peluang untuk membuat mini pameran kecemerlangan ARPRM dan organisasinya oleh pihak Jabatan. Sebanyak 190 buah buku rekod peserta ARPRM G2 dari pelbagai tahap penyertaan telah dipamerkan, bersama contoh sijil dan pingat dari zama berzaman. Turut dipamerkan adalah sijil, gambar dan dokumen - dokumen (kertas kerja, laporan) sama ada yang diterima oleh G2 atau ahli - ahlinya.
Berikut adalah cebisan warna - warni yang sempat dirakam menerusi video dan gambar - gambar.
Kesemua rakaman gambar dan video ini dijayakan Modh Hasni Zaini (Ketua Unit Media) dengan dibantu oleh Hafizudin (IKBN Bandar Penawar), Naziem Ezrry Pairan dan Mohd Nor Fikri. Terima kasih kepada pasukan yang memastikan catatan foto dan video sepanjang program dilakukan dengan sempurna. Kesemua foto boleh diakses di sini :
Manakala kesemua video ada di sini : Saluran Youtube G2 Pemanis - ARPRM
Tahniah kepada anak - anak ARPRM G2 Tahap Perak. Terima kasih kepada semua keluarga besar ARPRM G2 - Peserta, Penggerak, Mentor, Jurulatih, Penilai Dalaman, Alumni ARPRM dan Sukarelawan. Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan semua NGO, organisasi, Jabatan , Agensi mahupun orang perseorangan yang membantu program membina anak muda yang berkualiti. Terima kasih dari kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)