Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial Facebook, Instagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com
8. Episod 8 / 20 : Peperiksaan Bukan Menghukum Tapi Menguji
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
9. Episod 9 / 20 : Segalanya Tentang Duit
12. Episod 12 / 20 : Organisasi Pelajar di Kolej
12 / 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Organisasi Pelajar di Kolej
oleh Azhari Imran
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
JPP ni
merupakan jawatan yang dipertandingkan bagi mewakilkan pelajar untuk aduan
kepada pihak atasan kolej untuk komen dan penambahbaikan. Cara untuk menjawat
jawatan ini adalah pelajar dikehendaki mendaftar sebagai calon untuk
bertanding. Selepas itu, calon bertanding diberi tempoh untuk memanifestokan
janji-janji manis supaya pelajar mengundi calon untuk menang. Antara
manifesto-manifesto yang kurang dipercayai adalah melajukan wifi di kawasan
kolej. Hehehe lagi? Menyediakan pendingin hawa di tempat-tempat belajar. Yelah
dekat dewan kuliah dan perpustakaan dah ade pendingin hawa ni kenapa nak
manifesto untuk wujudkan lagi? Selain itu, tugas JPP ni juga memaklumkan kepada
pelajar sekiranya ada perhimpunan bulanan, waktu balik bermalam dan outing.
PRD |
Pembimbing Rakan Dinamik (PRD)
PRD ni
pula adalah berkaitan akademik-akademik pelajar. PRD bertanggungjawab untuk
menguruskan program-program akademik pelajar sepanjang sesi pembelajaran di
kolej matrikulasi. Cara untuk menjadi ahli PRD adalah dengan mengisi borang dan
ditemuduga oleh pensyarah kaunseling. Antara program yang dianjurkan oleh PRD
adalah karnival kerjaya, slot berkenaan cara untuk mengisi UPU, dan ceramah
motivasi menjelang PSPM. PRD ini merupakan jawatankuasa di bawah unit bimbingan
dan kaunseling. Maka, jika pelajar yang memerlukan khidmat nasihat dan
kaunseling, ia boleh berurusan di unit kaunseling. Bukan setakat kaunseling
dari segi disiplin sahaja, malah ia juga menerangkan tentang hala tuju dan masa
depan. Pada setiap tahun, unit kaunseling akan menganjurkan program bimbingan
untuk mengisi Unit Pusat Universiti (UPU) bagi pelajar menguruskan masa depan
untuk menyambung ijazah di university-universiti pilihan.
JAPPIM |
Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam Matrikulasi (JAPPIM)
JAPPIM
ni merupakan jawatankuasa untuk pelajar Islam yang ingin mengajak rakan-rakan
lain mengenali Islam dengan lebih lagi. Antara aktiviti yang dijalankan oleh
JAPPIM adalah Karnival Kesenian Islam, Majlis Berbuka Puasa Perdana, Solat
Hajat bagi menghadapi peperiksaan, bacaan Yassin pada setiap malam Jumaat dan
banyak lagi. JAPPIM juga bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian kolej
matrikulasi dengan menegah budaya “dating” dan seumpamanya.
Ketua Praktikum
Ketua
praktikum merupakan wakil dari praktikum untuk menerima segala pesanan dari
pensyarah. Sebagai contoh, pada hari itu, pensyarah tidak dapat masuk ke kelas
kerana mempunyai sedikit halangan. Maka, pensyarah menghubungi ketua praktikum
untuk menyampaikan kepada rakan praktikum yang lain. Ketua praktikum ini
dilantik oleh persetujuan rakan-rakan praktikum yang lain. Untuk keadilan dan
timbang rasa bagi markah koko akhir sem nanti, ketua praktikum boleh
bergilir-gilir dengan rakan praktikum yang lain untuk menjawat jawatan itu.
Kelab Eksekutif Pusat Sumber (KEPS)
Masa
tahun pertama aku dekat sini, KEPS ni bole dikatakan bergiat aktif juga la.
Mereka ni macam pustakawan la kalau dekat sekolah. Mereka bertanggungjawab
untuk memastikan kekemasan dan segala perihal berkenaan buku di dalam pusat
sumber. Mereka juga mempunyai jawatankuasa tersendiri untuk menyelaras pusat
sumber selama pengajian di matrikulasi. Tapi, bila masuk tahun kedua iaitu sesi
lepas, KEPS ni tidak bergiat aktif kerana waktu operasi pusat sumber pada waktu
malam dipinda sementara. Haa tu je la kot aku bole cerita pasal KEPS ni.
So ni
je la cerita untuk jawatan di matrikulasi. Sebenarnya aku tak terlibat dalam
semua jawatan tu. Jawatan tertinggi aku cuma pengerusi kelab beruniform KMJ je.
hehehe
Bersambung ke Episod 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)