SK LKTP Pemanis 1 dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi #TeamTutor telah melaksanakan Projek #TutorMasukKelas. Fasa 1 projek dimulakan pada 16, 17, 18, 19 dan 23 Julai 2017.
Tutor Masuk Kelas merupakan satu pendekatan baharu di mana beberapa orang tutor kumpulan yang terdiri daripada graduan dan mahasiswa universiti / kolej / politeknik akan bersama di dalam waktu Pengaran dan Pembelajaran oleh guru di dalam kelas. Mereka akan mendampingi pelajar calon UPSR dan membantu (seperti fasilitator) dalam menerangkan, memberikan penjelasan, membetulkan kekeliruan dan memotivasikan pelajar.
Ada empat subjek untuk UPSR dengan enam kertas iaitu Bahasa Melayu (dua kertas), Bahasa Inggeris (dua kertas), Sains dan Matematik. Setiap subjek akan didampingi oleh 3, 4 atau 5 orang tutor. Dengan pendekatan jadual waktu anjal, setiap hari hanya ada dua subjek sahaja : Satu sebelum rehat dan satu lagi selepas rehat.
Hari 1 : Ahad, 16 Julai 2017
Hari 2 : Isnin, 17Julai 2017
Hari 3 : Selasa, 18 Julai 2017
Hari 4 : Rabu, 19 Julai 2017
Hari 5 : Ahad, 23Julai 2017
Projek Tutor Masuk Kelas bersambung dengan Fasa 2 : Minggu 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)