JUMAAT, 9 MAC 2018 : Kunjungan
ke Unit ARPRM, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia. Menyerahkan laporan ARPRM Tahap Emas untuk Nurul Anis Asyiqin,
menyerahkan pendaftaran 15 orang peserta Tahap Emas dan mengadakan sedikit sesi
perbincangan bersama Puan Yusniza binti Mohamad Yusof, Penolong Pegawai Belia
dan Sukan Tertinggi yang sementara waktu menguruskan Unit ARPRM dari Encik Carl
Sherman Anak Rigar (yang dipinjamkan ke Unit Komunikasi Korporat).
Anis bermula dengan Gangsa pada tahun 2015 ketika di Tingkatan 3 dan
sempurna semuanya pada Februari 2018 semasa menunggu keputusan SPM. Beliau
adalah wanita ke 4 menyempurnakan Emas selepas Suria, Nurul Asyikin dan Pebi
(bersama Quantum).
Bagi Tahap Emas, lima komponen dan jenis aktiviti setiap komponen yang
disempurnakan oleh Anis adalah seperti berikut :
Khidmat Masyarakat :
Sukarelawan
Kemahiran : Seni Budaya – Zapin
Rekreasi Fizikal : Bola Jaring
Jelajah Lasak : Eksplorasi Paya
Bakau 3
Projek Penempatan : Konservasi
Dalam Komuniti, Zoo Melaka and Night Safari
Tahniah Anis menjadi Emas ke
20. Mari kita imbas kembali perjalanan Anis dalam menyempurnakan laporan ARPRM
Tahap Emas beliau.
FASA MENYEMPURNAKAN BUKU REKOD, BUKU LOG, LAPORAN AKHIR
DAN SALINAN VIDEO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)