Sempena Keputusan #SPM2017 : G2 menyiarkan di semua rangkaian media sosial siri video 'Hidup Lepas SPM' dari 15 orang vlogger G2 dari merata tempat seluruh Malaysia. Mengambil tempat di platform Instagram, YouTube dan Facebook. #SPM #HidupLepasSPM
#1 dari 19 : Apa nak buat lepas keputusan SPM?oleh Muhammad Faiz, UNITEN, Penerima Biasiswa JCorp Kerajaan Negeri Johor
#2, 3 dan 4 dari 19 :Apa nak buat lepas SPM? Bagaimana hadapi keputusan SPM setelah 11 tahun belajar. Video dari Muhammad Shafiq, Muhammad Azharidan Nur Ashraff di UMT.
#5 dari 19 : Redha adalah elemen terpenting. Juga bagaimana kita hendak membuat keputusan daam memilih bidang pengajian. Pesanan dari AnNa SuRya Lulu yang kini berada di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
#6 dan 7 dari 19 : Bicara dari Sofia Isa dan Zahira Zakaria
#8 dari 19 : Roman Sunma atau nama betulnya Pebi Pitri Anasari Henrizal mengharungi pelbagai cabaran selepas keputusan SPM tahun lepas, Beliau kini di Tingkatan 6 dalam aliran Sains Fizik - SMK Sultan Ibrahim, Kulai. Dalam catatannya, Pebi menulis ini :
Tpi 2 bulan tulaa hari2 yg dijalani dgn penuh air mata. Disebabkan nk buktikan pd cikgu n taknak buat cikgu risau memandangkan blum ade melayu yg bleh dpt atas 3.0 untk kls sains fizik. Cikgu masa tu risau klau2 give up dgn aliran sains n gagal.
#9 dari 19 : Syukur dan redha amat penting dalam menerima keputusan SPM oleh Arif Arifian
#10 dari 19 : Sesungguhnya, SPM hanyalah satu permulaan untuk langkah kehidupan yang masih lagi panjang. Pelbagai cabaran yang akan ditempuhi selepas itu, terutama berkaitan realiti kehidupan. Dari pelajar terbaik SMK Pemanis SPM 2010 Rashid Admon yang kini sedang menyiapkan Master of Science (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau juga pemegang ijazah Kelas Pertama Sarjana Muda.
#11 dari 19 : Bagaimana hadapi keputusan SPM? Bicara oleh Aspalili Azura Jaaffar, mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
#12 dan 13 dari 19 : Pengajian dalam bidang berteraskan kemahiran, teknikal dan vokasional juga merupakan satu pilihan bijak buat lepasan SPM. Banyak institusi menawarkan pengajian dalam aliran ini. Pesanan dari Ayie Azahari, Presiden MPP IKBN Kemasik dan Muhd Nur Amin di Politeknik Shah Alam.
#14 dari 19 : Dalam hidup ini, apa yang kita dapat bergantung kepada usaha kita. Allah beri apa yang kita perlu dan mampu, bukan apa yang kita mahukan. Sedikit pesanan dari Nur Hidayah Zainal Abidin, pelajar terbaik SPM 2012 SMK LKTP Pemanis menjelang keputusan SPM 2017 esok.
#15 dari 19 : Ya, setiap kita punya jalan hidup yang berlainan selepas SPM. Itu semua Allah yang tentukan atas usaha kita. Bicara Asz Stifler atau Mohd Naziem Ezzry Pairan untuk semua lepasan #SPM #SPM2017
#16 dari 19 : Selepas menerima keputusan SPM, kita akan memilih hala tuju masing - masing. Bagi yang hendak mengisi UPU Online (sama ada dalam aliran akademik atau kemahiran), Mohd Firdaus Zainal Abidin berkongsi beberapa tips dan panduan.
#17 dari 19 : Bagi setiap kesulitan itu, pasti ada kesenangan.
.Dia bukan #MathLuthfi. Dia berkongsi pesanan dan ceritanya sebagai panduan untuk semua. Edy Mustaqim, pelajar tahun 3 Kejuruteraan Awam di Universiti Sains Malaysia, juga seorang model dan pelakon. Bekas Ketua Pengawas SMK Pemanis 2012 mengemukakan 3 isi penting dalam bicara ini.
#18 dari 19 : Janganlah terlalu tersekat dengan kejayaan dan kegagalan.
Suatu masa dulu, aku pernah jatuh dengan tak tahu macam mana nak bangun balik. 10 kali kalau aku jatuh, 10 kali aku akan bangun juga dan bangkit.Kau kena duduk rumah Bedah. Kau nanti akan jadi bini orang. Duit itu umpama api. Untuk berubah, kau kena goncangkan prestasi diri kau.
.
Bicara Kamsari Subroto, Emas ARPRM dari G2 untuk semua remaja.
#HidupLepasSPM #HidupDiteruskan #SPM #SMP2017
#19 dari 19 : Ini yang terakhir, melengkapkan semua siri video. Tahniah kepada semua lepasan #SPM2017.
Perlumbaan untuk mencari halatuju, jatidiri dan apa kau nak jadi. Tapi apa yang aku buat adalah membelakangkan diri. Dunia lepas SPM ini adalah dunia perlumbaan. Bicara Mohd Nasrul Dol Gapar yang kini merupakan Penolong Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seorang cucu peneroka Felda Pemanis Dua.
Terima kasih kepada semua yang menonton. Terima kasih kepada semua 19 orang vlogger G2 untuk siri kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)