Rabu, 19 September 2018

[339] Pembentangan Laporan ARPRM Tahap Emas Sesi 2017 dan 2018

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018 - Seramai 21 orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) Daerah Segamat hari ini telah membentangkan laporan program mereka di hadapan 3 orang panel. Ia merupakan 11 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan 10 orang dari Persatuan Buddhist Segamat.
Pembentangan telah dilakukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat bermula jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 03.30 petang. Tiga orang panel yang terlibat diketuai oleh Tuan Haji Aris Mohd Dol (Panel Penilai ARPRM Kebangsaan), Tuan Ismadi (Penyelia Koko Pejabat Pendidikan Daerah Segamat) dan Tuan Zamri Ali, Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat.

 















































Para peserta ini merupakan mereka yang telah berjaya menyempurnakan semua cabaran ARPRM bermula dari Gangsa hinggalan Emas dalam tempoh masa minima yang ditetapkan, komponen dan jumlah jam yang diperlukan di bawah bimbingan Mentor masing - masing.
YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia dijangkan akan menyampaikan pengiktirafan semua belia yang mencapai Tahap Emas pada bulan hadapan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...