Sabtu, 1 September 2018

[334] Majlis Penutup dan Sesi Motivasi Ringkas : Projek Tutor #UPSR2018

RABU, 29 OGOS 2018 - Setelah 14 hari dan selama 4 minggu dilaksanakan, Program Sukarelawan Dalam Kelas UPSR 2018 oleh #TeamTutor G2 di SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA) melabuhkan tirainya tengah hari tadi.

Selama 14 hari dengan setiap hari selama 4 - 6 jam, program ini telah dijayakan oleh seramai 40 orang anak - anak Felda Pemanis terdiri daripada graduan, mahasiswa dan pelajar menengah atas. Mereka secara bergilir, mengikut jadual dan subjek telah memberikan khidmat tutorial kepada anak - anak sekolah yang bakal mengambil UPSR.

Majlis Penutup dan Motivasi Ringkas ini disertai oleh semua pelajar tahun 4, 5 dan 6.
Ia telah dimulakan oleh sesi energizer oleh Ketua Tutor program, Muhammad Azhari. Ia kemudian diikutin oleh sesi amanat oleh Guru Besar, Puan Rabi'ah Ahmad. Guru Besar juga telah memperkenalkan program tutor ini kepada para pelajar Tahun 5 yang bakal menghadapi UPSR tahun hadapan. Video montaj kenangan sepanjang 14 hari program juga kemudian telah ditayangkan.

Penyampaian sijil dan penghargaan kemudian telah mengambil tempat sebelum sesi diteruskan dengan motivasi ringkas dari 5 orang tutor iaitu : Norshahira IsaNursyafika Mohd IsaAs Syikin CyikinArif Arifian dan Nurul Atiqah Atan.

Ketua Tutor, Azhari Imran sekali lagi tampil kemudiannya untuk membuat rumusan akhir. Ia kemudian ditutup dengan sesi bergambar dan selawat.

























Terima kasih kepada semua : Guru Besar, guru - guru, ibu bapa, sukarelawan tutor dan semua anak - anak PEMASA. Sehingga kita berjumpa lagi dan semoga Allah memberikan ganjaran atas usaha kecil kita ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...