SABTU, 13 OKTOBER 2018 - Sabtu kedua setiap bulan Oktober merupakan Hari Sukan Negara. Seperi tahun sebelumnya, sambutan Hari Sukan Negara juga diadakan pada peringkat daerah Segamat. Ia diadakan di Dataran Segamat dengan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Segamat.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Sekijang, ADUN Pemanis dan ADUN Kemelah.
Pelbagai acara diadakan seperti zumba, Fun Run, Fun Ride, Fat Bike, Sepaktakraw dan Futsal.
Sukarelawan G2 telah terlibat membantu menguruskan pelbagai acara dan sambutan perasmian program. Mereka menjadi tenaga penggerak bersama kumpulan urusetia dan sukarelawan lain di belakang tabir.
Tahniah kepada warga Segamat yang telah menjayakan Hari Sukan Negara tahun ini walau di mana jua ia dilaksanakan. Tahniah untuk Kementerian Belia dan Sukan yang menjadi penganjur utama untuk HSN ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)