SABTU, 27 OKTOBER 2018 - Rakaman penjelajahan Misi Bukit Mor, Parit Jawa, Muar yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Pagoh. Ia turut disertaioleh 10 orang dari #TeamG2 dan beberapa orang dari Kelab Rakan Muda Muar dan Sukarelawan Darul Takzim Muar.
G2 sungguh berbesar hati dapat bersama - sama di dalam program ini, buat julung - julung kalinya bersama KRM Pagoh.
Bukit Mor dengan ketinggian puncak tertinggi iaitu 233 meter dari aras laut juga mempunyai dua lagi puncak. Kesemua 3 puncak ini telah ditakluki.
Program diakhiri dengan Sesi Ramah Mesra dan Makan Tengah Hari bersama.Video HD boleh ditonton di https://www.youtube.com/ watch?v=NXe2Zrr7vNo
Signifikannya, 27 Oktober merupakan tarikh rasmi pendaftaran Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)