Rabu, 3 April 2019

[379] KLD Tunas Samudera 385 / 19 - Samudera Dibelah, Pengalaman Dipahat oleh Suria Sipon

Catatan : Ini merupakan pengulisan pengalaman menyertai KLD Tunas Samudera Voyage 385 / 19 oleh Suria Sipon, salah seorang Pemegang Emas ARPRM - DofE 2016 dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Suria, bersama Azahari Abdullah (Pemegang Emas ARPRM - DofE 2017 dari G2) adalah dua orang yang dipilih KBS dari G2 bersama - sama keseluruhan 24 orang untuk pelayaran tersebut.

Kredit Gambar dan Video : Terima kasih kepada penyumbang, team KLD Tunas Samudera Voyage 385 / 19, Suria Sipon dan Azahari Abdullah sendiri.

Perhubungan : Suria dan Azahari boleh dihubungi menerusi pautan Facebook masing - masing.




SAMUDERA DIBELAH , PENGALAMAN DIPAHAT
KLD TUNAS SAMUDERA VOYAGE 385/19
Lumut-Langkawi-Pulau Beras Basah-Pulau Pangkor-Lumut



Pada penulisan ini , saya Suria Binti Sipon juga mewakili pihak Mohd Azahari Bin Abdullah akan menceritakan setiap detik kenangan yang indah dan manis sepanjang menjadi salah seorang daripada 24 peserta yang datang daripada seluruh Malaysia berjaya terpilih mengikuti Program Jati Diri Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage Siri 385/19. Saya dan Mohd Azahari Bin Abdullah terpilih mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.  Sebagai perkenalan , saya adalah seorang gadis yang merupakan anak jati Felda Pemanis , Segamat Johor. Kini saya berumur 22 tahun dan sedang belajar dalam Ijazah Sains Kemasyarakatan (Ekonomi) di Universiti Sains Malaysia (USM). 



Saya merupakan salah seorang belia yang bergiat aktif dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Persatuan ini banyak memberikan jasa pada pembangunan hidup dan pencapaian diri saya. Saya telah mencapai Tahap Emas dalam Anugerah Remaja Perdana @ The Duke of Edinburgh International Awards pada tahun 2016 dimana saya adalah wanita pertama yang berjaya dihasilkan oleh Persatuan Belia G2. Saya telah memohon program KLD Tunas Samudera ini di bawah nama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis ini. Selain tentang diri saya , Mohd Azahari Abdullah rakan saya juga adalah pelajar daripada IKBN yang kini berumur 20 tahun dan sedang melakukan latihan industri di Shah Alam. Perlayaran Voyage kali ini adalah Lumut-Langkawi-Pulau Beras Basah-Pulau Pangkor-Lumut.


 Ini adalah kali ke 3 dan peserta ke 3 dan ke 4 dari G2 ke KLD Tunas Samudera.


Sejarah Kapal Layar Diraja Tunas Samudera
Kewujudan Kapal Layar Diraja  telah dihasilkan atas idea oleh  YAB Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada tahun 1988. Beliau telah melihat bahawa anak muda ketika itu agak kurang hala tuju. Maka beliau mengumumkan bahawa Kementerian Pendidikan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan British telah bersama bersetuju untuk membiayai pembinaan sebuah kapal layar latihan. Kapal layar ini akan dikendalikan dan diselenggara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi pihak negara untuk faedah belia negara dan pelatih TLDM.

Pembinaan kapal ini telah dimulakan pada November 1988 di Brooke Yacths Internatonal Ltd. Lowestoff Suffolk di United Kingdom. Kapal layar latihan ini telah diberi nama Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA dan ditauliahkan pada 15 Oktober 1989.
Istiadat penyerahan Kapal Layar Diraja TUNAS SAMUDERA telah dizahirkan bersama oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung yang ke-9 dan Her Majesty Queen Elizabeth II di Pangkalan TLDM Lumut pada 16 Oktober 1989 dengan penuh adat istiadat Tentera laut.



Kapal Layar Diraja Tunas Samudera  merupakan satu-satunya kapal layar yang ada di Malaysia. Kapal layar latihan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia dan beliawanis negara mengikuti latihan pelayaran dan belajar kemahiran asas berkaitan pelayaran , mengenali dan menghayati serba sedikit tentang warisan maritim di samping menimba pengetahuan tentang kapal dan sebagainya. Program ini juga bertujuan meningkatkan kualiti kepimpinan belia , disiplin dalam diri belia serta sifat ukhuwah yang sejahtera di kalangan belia. Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


4 Mac 2019
Perjalanan saya bermula dari Pulau Pinang seawal jam 7 pagi menaiki bas ekspress ke Terminal Amanjaya, Ipoh, Perak. Rakan saya pula Azahari memulakan perjalanan daripada Felda Pemanis dan bergerak dengan peserta lain dari Pejabat Kementerian Belia & Sukan di Putrajaya. Setibanya di Amanjaya, Ipoh ,Perak , rakan saya membantu saya ke Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak dan sampai di sana jam 10pagi. Jam 1petang , rakan-rakan KLD Tunas Samudera yang bergerak dari Putrajaya tiba di Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kem PLKN Terkok , Sungai Siput , Perak dan tiba di sana di jalan keluar Kem PLKN sekitar jam 2:30petang. Sesuatu yang menyeronokkan sangat apabila peserta perempuan diarahkan untuk menaiki kereta Hilux untuk sampai ke tapak utama Kem PLKN Terkok. Setibanya di sana , aktiviti dimulakan dengan perasmian Kem Orientasi ( Pre Depart ) yang dirasmikan oleh Puan Nor Amalina Binti Kholidi sebagai Ketua untuk projek Program Jati Diri Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 385/19. Kami juga diberikan sedikit taklimat tentang perjalanan dan pergerakan sepanjang kem orientasi berjalan.




Seterusnya aktiviti kami dimulakan dengan sesi suai kenal atau ‘ice-breaking’ antara para peserta , kem komanden dan para jurulatih. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan yang diberi nama Awasan Biru , Awasan Putih dan Awasan Merah. Kami juga diberikan barang amanah iaitu ‘Bouyancy Aid’ seorang dapat satu dan perlu menjaga ia seperti suami dan isteri kami.
Aktiviti diteruskan dengan ujian kecergasan. Antara ujiannya ialah berlari sejauh 2.4KM , Bangkit Tubi , Sit-up , dan Lompat Bintang Kiraan 3.

Antara kenangan yang menyentuh hati saya di awal program ini adalah ketika larian 2.4KM. tiada seorang pun peserta yang akan berasa ketinggalan di belakang kerana kami saling memberikan semangat antara satu sama lain walaupun baru sahaja kenal.
Seterusnya kami di bawa ke sungai yang berdekatan dengan tapak Kem PLKN dan diminta berendam di dalam air sungai sambil makan cekodok lebihan makanan minum petang dengan nikmatnya. Selain itu kami juga diminta untuk berguling-guling seberapa banyak dan jauhnya sehingga ramai yang berasa pening-pening seperti mabuk laut. Cara untuk menghilangkan pening setelah berguling adalah bangun dan terus pandang atas sambil lompat dan lompat sehingga kurang berasa pening. Aktiviti berguling ini adalah bagi menyediakan peserta bagaimana harus tangani rasa mabuk laut jika berada di atas kapal.

Seterusnya kami balik ke tapak kem dan aktiviti diteruskan dengan bangkit tubi (Push-up). Push-up akan wajib dilakukan oleh semua peserta tidak kira dimana dan sedang buat apa. Ia perlu dilakukan sekiranya jurulatih menyebut perkataan “Kapal Karam” , maka kami perlu Push-up sebanyak 10 kali. Selain itu , jika jurulatih menyebut perkataan “Kapal Senget” , semua peserta perlu bertanya kembali “ Belah mana?” dan jurulatih akan menjawab belah ‘Starboard’(kanan)  atau ‘Port’(kiri) dan kemudian lakukan push-up sebanyak 10 kali. Tidak ketinggalan , kami di arah untuk sambung berguling di atas padang sebanyak yang mungkin. Kenangan ketika ini adalah apabila saya sudah sangat pening dan tidak daya lagi untuk berguling namun diminta untuk berguling juga walaupun pening. Pertama kali dalam hidup sepanjang perkhemahan yang saya pernah pergi dan aktiviti dia membuatkan saya menitis air mata kerana saya memang sudah berasa sangat tak berdaya untuk teruskan berguling tetapi perlu berguling juga. Ketika itu , rakan-rakan yang baru sahaja saya kenali membuatkan saya tersentuh apabila mereka memberikan saya semangat yang sangat kuat dan membantu saya untuk bangun semula dan berusaha untuk lompat bagi hilangkan rasa pening. Namun saya masih pening-pening sehingga muntah. Mereka tetap membantu saya. Rakan-rakan lain juga Azahari yang pening sehingga muntah juga turut dibantu dan terus menerus diberikan kata-kata semangat. Aktiviti ini sangat menguji mental dan fizikal kami lebih-lebih lagi emosi kami.

Menjelang malam , aktiviti diteruskan dengan taklimat daripada ketua jurulatih kami iaitu “Pak Long” nama gelarannya. Taklimat ini mendedahkan kepada peserta tentang bagaimana Kapal Layar Diraja Tunas Samudera wujud dan bagaimana ia menjadi platform yang amat bagus untuk belia dan beliawanis sejak ia wujud di perairan Malaysia. selain itu , kami diperkenalkan dengan lagu rasmi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan setiap peserta perlu menghafal lagu tersebut dan menyanyikannya di hadapan Pak Long.



                Lirik Lagu Samudera Raya :

                                Semboyan angkatan laut kita
                                Di samudera raya
                                Menjaga pantai ibu pertiwi
                                Dari angkara murka
                                Dari barat sampai ke timur
                                Itulah pantai Malaysia
                                Tiap saat berjaga
                                Di tengah samudera raya
                                Perwira dan satria
                                Angkatan laut diraja

Tepat jam 12.30malam , aktiviti kami diteruskan dengan aktiviti yang diberi nama “Look-Out”. Aktiviti ini adalah berjalan di dalam hutan yang sangat gelap dan ditinggalkan berseorangan tanpa teman dengan jarak yang ditentukan oleh jurulatih kami atau lebih mesra dipanggil “Leading”. Kami ditinggalkan berseorangan sehingga sekitar jam 2 atau 2:30 pagi atau pun sekitar 2 jam lebih. Aktiviti ini sangat menguji mental dan jiwa kerana ia melatih kami agar mengatasi rasa takut berada dalam hutan yang gelap serta belajar untuk mengenali isyarat yang terdapat dalam hutan contohnya isyarat jika tempat itu ada binatang atau haiwan liar , kita akan dapati kurang bunyi serangga kecil seperti cengkerik. 


Ketika ini juga , ia menguji keimanan kita di mana apa jadi sekalipun kita perlu berserah kepada Allah S.W.T. tetapi ada juga perkara kelakar ketika itu, saya sedang syok duduk diam sambil menikmati keindahan bintang di langit , saya tahu Leading sedang berjalan untuk pantau peserta. Walaupun mereka berusaha untuk berjalan tanpa ada bunyi tetapi tetap boleh tahu itu adalah Leading. Yang kelakar apabila mereka cuba untuk menakutkan saya dengan membuat bunyi bisikan di tepi telinga. Tanpa rasa takut , saya rasa seperti mahu gelak sekuatnya tetapi kawal dalam hati.

Selesai ‘Look-Out’ , kami perlu berjaga malam melakukan Night Duty mengikut giliran awasan dari jam 3pagi sehingga 6pagi. Ketika ini , kami perlu melaporkan tentang keadaan sekeliling setiap setengah jam sekali kepada kem komanden.

5 Mac 2019
Jadual diteruskan dengan bangun pagi , solat subuh , sarapan dan seterusnya melakukan senaman pagi. Selesai itu , aktiviti kami diteruskan dengan ‘Latihan & Kemahiran Orienteering’ (aktiviti merentas hutan ,latihan pandu arah dan abseiling). Setiap seorang daripada kami diminta melakukan aktiviti Abseiling sekitar ketinggian 3 tingkat bangunan. Sambil menunggu giliran , setiap seorang diminta menyanyikan lagu Samudera Raya sekali lagi di hadapan Pak Long. Aktivitii ketika ini juga menguji kekuatan fizikal kita kerana memerlukan semangat yang kuat untuk fizikal kaki dan tangan yang kuat. Aktiviti habis sekitar jam 12 tengahari. Ketika ini juga lah saya mendapat nama gelaran ‘Jawa’ oleh Pak Long kerana mendengar nama penuh saya ketika melaporkan sebelum hendak turun Abseiling.





Selepas itu kami makan tengahari dan bersiap untuk bergerak ke Intan Suraya Training Camp atau lebih dikenali berdekatan dengan Chenderoh, empangan hidroelektrik pertama di Malaysia/Asia Tenggara dan tiba di sana sekitar jam 2.00 petang. Kemudian kami solat Jamak Zohor dan Asar secara berjemaah di sana. Aktiviti seterusnya adalah Taklimat CPR / Save & Rescue. Ketika ini kami diajar tentang cara-cara melakukan CPR dan etika dalam melakukan CPR. Kami juga didedahkan dengan tanggungjawab sebagai individu apabila berlaku kecemasan di depan mata dan apa perlu dilakukan. Selesai itu , kami diajar pula tentang Kompas. Kami di ajar bagaimana untuk membaca dan menggunakan kompas lebih-lebih lagi jika berada di dalam hutan. Paling menyeronokkan adalah ketika pertandingan membaca kompas antara awasan. Kami diminta membaca kompas dengan cepat kerana perlu bersaing antara awasan dalam keadaan pelbagai posisi badan seperti menelentang dan sebagainya. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Awasan Biru.

Seterusnya aktiviti air iaitu ‘Water Confident’ dan ‘River Flouting’. Ketika aktiviti ‘Water Confident’ , kami diberi taklimat oleh Pak Long tentang cara-cara apungan dalam air , cara menguji keselesaan dan fungsi ‘Bouyancy Aid’ atau lebih popular dikenali sebagai Life Jacket. Kami juga didedahkan cara berpaut secara berkumpulan jika berada di tengah sungai.


River Flouting pula membawa kami meredah empangan sejauh kira-kira 1KM dari tapak rekreasi empangan. kami perlu berlari anak ke checkpoint pertama sekitar 500meter dan kemudian berenang secara bersendirian ke tempat utama berkumpul. Kali kedua , kami berlari anak ke checkpoint kedua sekitar 1KM jauhnya. Kemudian kami masuk ke dalam air dan perlu berpaut dan ‘floating’ secara berkumpulan sambil di awasi oleh Leading dan Pak Long. Sehingga separuh jarak , kami dilepaskan untuk belajar dan praktikkan bagaimana membawa orang sakit ketika terapung di dalam air iaitu dengan membuat barisan keretaapi dan kaki orang belakang diletakkan di atas dada orang hadapan kemudian tangan dijadikan pendayung untuk terus bergerak. Selepas itu , kami dilepaskan untuk berenang sendirian sambil berlumba untuk sampai ke tempat berkumpul tadi. Kenangan ketika ini adalah , pertama kali saya yakin untuk berenang sendirian tetapi masih memerlukan Life Jacket. Ketika ini , berenang Nampak mudah , tapi sebenarnya ia sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal juga kerana perlu mengawal rasa panik dan mengawal tangan dan kaki untuk terus bergerak walaupun penat. Selesai aktiviti air , kami terus bergerak pulang semula ke tapak Kem PLKN Terkok. Tidak boleh dilupakan ketika ini adalah kenangan bersama kesemua peserta perempuan. Perjalanan pergi dan balik kami dari Kem PLKN Terkok ke Empangan adalah menaiki belakang Hilux. Melalui Highway , namun tiada rasa gerun buat kami apabila nikmatnya angin kuat serta sepanjang perjalanan juga kami bermain ‘simple game’ antara kami sambil bergelak tawa yang tak kering gusi dibuatnya.

Aktiviti malam diteruskan dengan perkongsian pengalaman Leading Azam yang pernah menyertai Voyage sebelum ini dan mendapat anugerah peserta terbaik. Leading Azam juga ada selitkan pengajaran jika berlaku kecemasan di depan mata.

Selesai perkongsian itu , aktiviti diteruskan dengan Leading Am. Leading mengendalikan slot belajar ‘Ikatan Tali’. Kami didedahkan dengan 10 jenis ikatan tali serta fungsinya yang tersendiri. Pada slot ini , perlukan tahap kepekaan dan ingatan yang tinggi kerana Nampak mudah untuk mengikat tali tetapi sebenarnya tidak bagi mereka yang tidak mahir dalam ikatan tali.
Selesai itu , sesi diteruskan dengan Pak Long. Sesi ini adalah paling mendebarkan kerana salah seorang daripada kami yang lahir pada bulan mac kena prank. Kami dipanggil nama setiap seorang untuk diserahkan sehelai Tshirt rasmi daripada KBS dan sebuah beg. Nama yang tidak dipanggil bermakna tidak layak untuk menyertai Pelayaran KLD Tunas Samudera. Ketika itu , alangkah sedih amat kerana peserta itu adalah salah seorang daripada kumpulan saya sendiri iaitu Awasan Putih. Namun nilai yang saya dapat ketika itu adalah kesemua peserta saling memberikan sokongan dan kata-kata baik serta mempunyai sifat empati dalam diri semua peserta. Namun , akhir kata yang saya boleh katakan adalah , itu semua adalah prank untuk peserta tersebut kerana dia lahir pada bulan mac. Peserta yang kena prank itu keesokannya menyertai kami seperti biasa ke Lumut dan sehingga ke akhir program KLD Tunas Samudera.



Jam 12 malam , kami meneruskan aktiviti dengan ‘Look Out’. Sama seperti malam pertama , kami ditinggalkan berasingan dengan jarak yang ditentukan oleh jurulatih yang mengawasi kami. Kami ditinggalkan selama 2 jam. Ketika ini , kekuatan mental dan jiwa sudah sedikit lebih kuat daripada malam pertama kerana melatih minda dengan sesuatu yang positif serta sentiasa berzikir.
Selepas aktiviti ‘Look Out’ , kami pulang ke tapak kem dan tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya. Night Duty mengikut giliran awasan daripada jam 3pagi sehingga jam 6 pagi dijalankan seperti biasa.

6 Mac 2019
Seawal jam 6 pagi semua peserta bersiap , solat Subuh berjemaah dan sarapan. Sekitar jam 8:00pagi semua peserta sudah menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut. Sekitar jam 10 pagi kami tiba di Lumut dan kami terus diserahkan oleh pihak KBS kepada pihak TLDM yang bertugas di Kapal Layar Diraja Tunas Samudera. Kami difahamkan seramai 29 orang pegawai TLDM yang akan mengendalikan kapal dan sepanjang perlayaran dengan peserta Voyage 385/19. Aktiviti di atas kapal dimulakan dengan taklimat daripada Bosun 2 iaitu Tuan Muhamad Sadri Bin Sakdin TLDM. Kami diberi taklimat tentang jadual sepanjang perlayaran. Di atas kapal dipecahkan semula kepada kumpulan baru iaitu Awasan Putih ,  Merah dan Biru. Selepas itu , kami diberikan set lengkap rasmi sepanjang pelayaran. Kami diberikan 3 helai Tshirt KLD Tunas Samudera  , sehelai seluar , topi KLD dan sepasang glove setiap seorang mengikut awasan masing-masing.

Selesai pembahagian kumpulan dan baju , kami diminta untuk memakai harness. Harness perlu dipakai sepanjang masa berada di kapal. Selepas memakai harness , kami diberi taklimat tentang keselamatan sepanjang berada di atas kapal. Kami diberi peluang untuk memanjat ‘Rat Line’ sehingga ke level Layar Course sambil di awasi oleh pegawai TLDM yang bertugas. Sambil menunggu giliran untuk memanjat , kami telah diajar cara bagaimana untuk mengemaskan tali layar yang telah dibuka atau dalam bahasa kapal “make up the line”. Selesai sesi memanjat , kami diberi tempoh yang singkat untuk terus tukar baju dan seluar rasmi KLD Tunas Samudera kerana ada sesi bergambar dan rakaman video untuk memori yang akan diupload di laman media sosial. Selesai sesi bergambar , kami diminta untuk tukar baju lagi kepada baju awasan masing-masing.






Di atas kapal , waktu makan adalah 6 kali sehari iaitu sarapan , minum pagi , makan tengahari , minum petang , makan malam , dan minum malam. Dalam kapal sudah mempunyai Chef yang akan menyediakan makanan yang sangat sedap dan berkhasiat kerana mereka perlu memastikan setiap anak kapal mendapat makanan yang sihat setiap hari. Mereka yang kurus pun boleh jadi gemuk jika lama-lama duduk atas kapal. Hehe.

Aktiviti malam kami adalah secara berkumpulan mengikut awasan. Kami perlu mencipta moto , logo dan ‘War Cry’ kumpulan dan kesemua itu perlu dipersembahkan kepada crew sebelum dilepaskan untuk tidur. Sambil itu , kami diberikan ‘Life Jacket’ dan Sleeping Bag seorang satu. Sehingga jam 11:30 malam , kami dilepaskan untuk berehat dan tidur. Di dalam Mass (bilik tidur) hanya terdapat 6 tempat tidur untuk peserta dan pegawai-pegawai TLDM wanita yang turut serta berlayar. Jadi tidak cukup untuk semua peserta tidur di dalam mass. Ruang sahaja sudah dipenuhi dengan beg. Jadi peserta diberikan sleeping bag adalah kerana dibenarkan untuk tidur di Upper Deck tetapi mesti berasingan lelaki dan perempuan. Ketika ini , tidur berbawahkan layar kapal adalah perkara paling indah dan nyaman dengan angin malam sepoi-sepoi bahasa. Sebelum tidur boleh ‘stargazing’. Tidur beramai-ramai di Upper Deck memang perkara yang sangat menyeronokkan. Lebih indah daripada tidur atas katil di dalam mass (bilik tidur).

7 Mac 2019     
Seperti biasa seawal jam 6pagi semua crew dan trainee bersiap , solat subuh berjemaah dan sarapan pagi. Selesai sarapan semua crew membuat persiapan untuk berlayar. Semua peserta diminta memakai harness dan peserta dilatih untuk memanjat ‘Rat Line’ sehingga level Layar Course. Selesai aktiviti memanjat. Jam 10pagi , Kapal Layar Diraja Tunas Samudera memulakan perlayaran. Kami telah didedahkan serba sedikit tentang prosedur untuk berlayar. Tali-tali penting kapal yang perlu ditarik dan memerlukan banyak tenaga anak kapal. ketika kapal layar bergerak , bagi menghormati kapal-kapal lain yang berada berdekatan , seorang anak kapal akan meniup wisel ‘Piping’ untuk berkomunikasi sebagai isyarat kepada kapal lain. Apabila mendapat isyarat , di situ kami dapat saksikan bahawa kesemua anak kapal dan pegawai TLDM yang berada berdekatan perlu berdiri sedia dan memberi tabik hormat kepada kapal yang sedang berlayar. Kami yang berada di atas kapal layar juga disusun mengelilingi tepian kapal bagi memberi tanda hormat kepada kapal lain. Acara ini perlu dilakukan setiap kali kapal hendak berlayar dan kapal hendak berlabuh di jeti TLDM.



Bermulanya perlayaran , maka bermulalah aktiviti kami di atas kapal yang lebih spesifik. Kelas pertama kami adalah kelas pengenalan layar. Terdapat banyak layar yang perlu kami kenali di atas kapal iaitu : KLD Tunas Samudera dilengkapi dengan layar ‘Fore and Aft Rigged’ yang merangkumi layar tiga segi dan layar empat segi.
• Layar Tiga Segi
1. Jib
2. Fore Stay Sail
3. Main Stay Sail
4. Top Gallant Stay Sail

• Layar Empat Segi
1. Main sail
2. Course
3. Top Sail
4. Top Gallant

• 5 layar tambahan
1. Drifter
2. Storm Sail
3. Tri Sail
4. Main Gaff Top Sail
5. Fisherman

Seterusnya kelas berkaitan ‘Order Layar’ pula. Kami diajar berkaitan cara-cara gerak kerja apabila mendapat arahan untuk membuka dan menggulung layar. Setiap anak kapal yang akan mengetuai order layar mesti mengenali kesemua jenis layar dan mengingati tali yang berfungsi sebagai ‘STBD Sheet’ , ‘Port Sheet’ dan ‘Furling Line’ kepada layar. Order layar akan dilakukan apabila mendapat arahan daripada Pegawai Laksana 1 iaitu Lt Kdr Muhammad Thomas Angom bin Abdullah TLDM (XO 1) dan Pegawai Laksana 2 iaitu Lt Kdr Mohd Fared bin Mohd Arif TLDM (XO 2). Mereka akan memberikan arahan layar mana akan dibuka atau digulung dan mereka akan menyebut nama orang yang akan ketuai order layar dengan anak kapal yang lain. Saya akan lebih perincikan order layar :

Contoh situasi pertama :  order layar untuk membuka layar (Set layar). Saya sebagai trainee terpilih untuk memberi order layar. Contoh ini saya akan gunakan layar segi tiga ‘Main Stay Sail’. Dalam situasi ini saya hanya menggunakan ahli kumpulan daripada Awasan Putih kerana saya daripada kumpulan ini.

XO 2 : White Watch , standby to set the main stay sail to STBD. Trainee Suria , report when you are ready.

Ketika ini apabila sudah mendapat arahan , saya terus kenalpasti layar dan menyusun anak kapal. Seorang atau dua orang pada tali yang perlu check (lepaskan). Tali yang perlu check adalah pada tali bahagian Port Sheet dan Furling Line. Dan perlukan ramai anak kapal pada tali bahagian ‘STBD Sheet’ kerana tali bahagian ini perlu di ‘heave’ iaitu Tarik sehingga lah layar dibuka dengan cantik dan kemas. Apabila sudah selesai semua susunan anak kapal dengan pantas dan teratur , Trainee yang disebut nama tadi perlu Tanya dulu pada kesemua anak kapal adakah mereka sudah bersedia dan kemudian jika sudah bersedia , laporkan pada XO 2.



                Trainee Suria : White Watch , are you ready ?
                Team : Ready, Sir.
                Trainee Suria ( Report to XO 2 ) : White Watch are ready sir.
                XO 2 : Very Good. Set the main stay sail to STBD.
                Trainee Suria : White Watch , standby to set the main stay sail to STBD.
                Trainee Suria : Off-Turn ( maksudnya buka ikatan tali pada pin ).
                Team : Off-Turn. (jawab balik arahan leader)
                Trainee Suria : Checking in the Port Sheet and Furling Line. Heaving in the STBD sheet.
                Trainee Suria : Two-Six
                Team : Heave
                *Two-Six , Heave. Order akan diulang sehingga layar dibuka dengan sempurna.
                Trainee Suria : Well ~
                Team : Well ~
                Trainee Suria : Main Stay Sail well Sir. ( Report to XO 2)
                XO 2 : Very Good. Take turn and make up all line handsomely.
                Trainee Suria : Take turn and make up all line handsomely. ( give order to team )

Situasi 2 : Menggulung Layar.
                XO 2 : White Watch , standby to furl the Main Stay Sail. Trainee Suria , report when you are ready.
                *susun team seorang pada STBD dan Port Sheet. Ramai pada tali Furling line.
                Trainee : White watch , are you ready ?
                Team : Ready , Sir.
                Trainee : White watch are ready Sir. ( Report to XO 2 )
                XO 2 : Very good. Furl the Main Stay Sail.
                Trainee Suria : White watch , standby to furl the Main Stay Sail. Off-turn.
                Team : off-turn.
                Trainee Suria : checking in the Port and STBD Sheet. Heaving in the furling line. Two-Six…
                Team : Heave
                *order Two-Six , Heave antara leader dengan team akan berulang sehingga layar selesai digulung                 dengan sempurna.
                Trainee Suria : well ~
                Team : well ~
                Trainee Suria : Main Stay Sail well sir. ( report to XO 2 )
                XO 2 : Very good. Take turn and make up all line handsomely.
                Trainee Suria : Take turn and make up all line handsomely ( order to team ).

Selesai kelas berkaitan ‘Order Layar’. Praktikal layar dilakukan untuk semua awasan.

Sekitar jam 3petang , kelas belajar ikatan tali pula serta fungsinya.
 Aktiviti Ikatan Tali – Terdapat 10 jenis ikatan yang telah dipelajari :
                1) Bowline – Tali penyelamat
                2) Figure of Eight – Mematikan hujung tali
                3) Sheet bend – Menyambung tali tak sama besar
                4) Reef knot – Menyambung tali sama besar
                5) Stopper – Menahan tali yang ada tekanan supaya tali yg hendak ditarik tidak bergerak
                6) Clove hitch – Ikatan pada tiang (tiada telinga)
                7) Slip clove hitch – Ikatan pada layar (Ada telinga)
                8) Fisherman – Ikatan pada mata pancing
                9) Rolling hitch – Ikatan di ikat pada tali lain untuk menegangkan tali
                10) Round turn and two half hitch – Ikatan pada pelampung



Jam 6 petang , kami melakukan aktiviti senaman petang iaitu Zumba. Diketuai oleh LK II JJM Muhammad Fitri bin Mohd Arman TLDM (PTI Fitri) dan LK II JJM Georgina Anak Hilary TLDM (PTI Gina). Kesemua anak kapal perlu turut serta dengan aktiviti zumba. Aktiviti zumba akan dilakukan setiap petang di kawasan Upper Deck kapal. Walaupun kawasan agak terhad tetapi kesemua anak kapal berzumba dengan sangat seronok.

Jam 7 kami makan malam dan solat maghrib berjemaah. Menjelang malam aktiviti kami adalah sesi suai kenal atau ice-breaking antara peserta Voyage dengan staff-staff kapal. Ketika ini juga kami lebih kenal jawatan bagi staf-staf kapal.






Jam 11:30malam. Kami dilepaskan untuk tidur di bawah layar dan langit malam yang indah lagi nyaman. Sambil kapal masih bergerak berlayar ke Langkawi. Bagi yang Night Duty , mereka perlu berjaga selama 2 jam mengikut giliran awasan. Ketika Duty , ada 3 tempat yang perlu di awasi iaitu Foxsol , Bridge/ Wheel , dan Enjin. Paling seronok bahagian wheel kerana berpeluang untuk bawa kapal jika belum Anchor. Bahagian enjin hanya perlu pantau dan check suhu. Agak panas di situ kerana enjin. Bahagian Foxsol pula perlu sentiasa diawasi keadaan sekeliling kapal walaupun jauh. Pada malam itu , laut agak bergelora dan angin agak kuat. Ketika tidur , saya dapati ada crew kapal yang perlu Tarik tali untuk menggulung layar di tepi saya dek kerana angina yang kuat.


8 Mac 2019 
Wakie-Wakie, rutin pagi seperti biasa. Kapal Layar Diraja Tunas Samudera tiba di perlabuhan jeti Langkawi sekitar jam 9 pagi. Kami bersarapan lambat sedikit dari waktu biasa kerana perlu mengikuti prosedur kapal untuk berlabuh iaitu bersedia setiap anak kapal berada di sekeliling Upper Deck untuk memberikan tanda hormat sambil berdiri sedia. Akan ada tiupan wisel ‘Piping’ sepanjang kapal berlayar di perlabuhan. Anak kapal juga perlu bersedia untuk melemparkan tali untuk kapal berpaut kemas pada jeti. Akan ada pegawai TLDM yang sedia menunggu di jeti untuk membantu kapal berlabuh dengan sempurna. Setibanya kapal di tepi jeti , sauh kapal pun dijatuhkan. Di jeti Langkawi , tidak tersedia laluan tangga dari kapal terus naik ke jeti. Jadi, kapal perlu menggunakan Braw (tangga sementara) untuk laluan sepanjang kapal berlabuh di jeti Langkawi. Sambil itu , anak kapal lain perlu memasang Awning (canvas untuk mendapatkan tempat redup di Upper Deck). Untuk memasang Awning , dari awal sebelum mula berlayar lagi pegawai TLDM yang bertugas sudah mengajarkan cara-cara yang betul untuk memasang dan membuka Awning kerana sepanjang program atau perlayaran , pelatih atau peserta yang akan buat sambil diawasi dan dibantu oleh beberapa orang petugas kapal.

Selesai urusan perlabuhan , baru lah kami bersarapan. Selesai sarapan , kami perlu tukar baju biasa untuk aktiviti ‘Happy Hour’. Bunyi seperti sangat seronok kan? Ya , sangat seronok walaupun sebenarnya definisi untuk Happy Hour adalah waktu bekerja untuk cucian kapal. Kesemua anak kapal perlu bekerjasama mencuci kapal. Pada waktu ini juga memberi peluang untuk pelatih lebih akrab dengan staff kapal. Crew kapal akan simbah seluruh kawasan Upper Deck untuk dicuci , anak kapal yang lain perlu berus mengikut urat lantai kapal agar lantai tidak rosak. Ketika ini , kesemua anak kapal disimbah dengan air tanpa memikirkan basah lokos semua.

Selesai aktiviti Happy Hour , kami ada kelas Mengenal Barang dan Tali. Pada kelas ini , kami telah diberikan senarai spesifik barang yang perlu diingati oleh setiap kumpulan tetapi kami diajar berkenaan semua barang yang ada di atas kapal. Senarai yang diberikan kepada kami hanyalah sedikit nak dibandingkan jumlah barang yang ada 1000 ke atas yang wajib diketahui oleh setiap anak kapal. Tali juga banyak sangat yang perlu dikenali kerana setiap tali yang berada di atas kepala memainkan peranan penting kepada layar. Setiap layar akan ada tali mengikut nama layar tersendiri. Kami perlu menghafal barangan dan tali yang diajar untuk pertandingan antara kumpulan awasan nanti.




Pada petang jam 2petang , kami diberi kelepasan untuk keluar bersiar-siar di sekitar Langkawi. Kami diminta untuk pulang ke kapal sebelum jam 10:30 malam. Kenangan ketika ini adalah , kami semua sepakat untuk ke dobi membasuh baju yang kotor dan hapak. Kesemua baju peserta dicampur dan kami berkongsi wang dan mesin untuk membasuh baju di dobi. Ketika itu , baju peserta perempuan paling banyak dan berat. Sungguh bertuah kerana ada peserta lelaki yang saling ambil berat dan kesiankan peserta perempuan daripada terkesot angkat plastik-pastik tersebut. Dari tempat kami diturunkan oleh bas Navy ke dobi agak jauh bila berjalan kaki. Mujur ada lelaki KLD yang gagah lagi perkasa. Di dobi , kami telah membuat keputusan untuk tidak berpisah dan bersiar bersama-sama. Jadi , kami sepakat untuk sewa van sebanyak 2 biji dan berkongsi duit untuk bayaran sewa dan minyak. Kami telah bersiar-siar ke Pantai Chenang untuk saksikan matahari tenggelam bersama serta membuat rakaman video memori. Selepas itu kami ke Dataran Lang. di situ ada satu arca helang yang sangat besar dan adalah tulisan Langkawi di hadapan helang tersebut. Selepas bersiar-siar , kami terus menuju ke restoran untuk makan malam. Kenangan ketika ini adalah kami semua sudah sangat lapar dan makanan lambat sangat sampai. 

Ada beberapa orang daripada kami yang order tomyam ayam kerana alahan pada seafood. Jadi tomyam ayam sampai dulu. Kesemua daripada kami makanan beramai-ramai tomyam itu kerana ingatkan itulah tomyam yang dipesan untuk kongsi beramai-ramai. Habis makan tiba-tiba sampai tomyam mangkuk besar lagi. Kami terkejut kerana rupa-rupanya tomyam untuk dikongsi beramai-ramai lambat sampai. Sayur kalian juga lambat sampai. Disebabkan semua sudah kenyang , maka kami minta untuk bungkus sahaja. Ketika ini , perkara paling mengejutkan adalah jumlah harga makanan kami adalah RM300 lebih. Seorang perlu bayar RM16. Jadi kenangan malam itu mebuatkan kami melabel tomyam yang kami makan ‘Tomyam300’. Selesai makan , kami terus ke tempat bas Navy turunkan kami siang tadi dan pulang van sewa. Kemudian pulang ke kapal dengan selamat.

9 Mac 2019 
Wakie-wakie. Rutin pagi seperti biasa. Aktiviti pagi kami adalah melakukan senaman pagi. Selepas sarapan pagi sekitar jam 8:30 pagi kami bertolak ke Pantai Chenang untuk aktiviti zumba di tempat awam dan rakaman muzik video untuk kenangan Voyage siri 385/19. Apabila dengar sahaja aktiviti zumba. Memang paling menyeronokkan kerana boleh menari moden dengan rancak walaupun kurang ingat step yang betul ikut Instructor. Ada banyak sangat lagu yang kami guna untuk berzumba. Daripada awal sampai di pantai Chenang sampai jam 12 tengahri aktiviti kami hanya zumba di tempat awam. Ramai pelancong di situ yang menyaksikannya. Ada juga pelancong luar negara yang siap merekod tarian kami juga turut serta menari bersama kami. Sangat menyeronokkan.




Jam 12 tengahari kami bergerak pulang ke kapal. Tiba di kapal kami terus bersiap-siap mandi dan bersihkan diri. Jika ikutkan jadual , kami sepatutnya diberi pelepasan untuk keluar berjalan-jalan di Langkawi. Tapi kami sepakat untuk tidak keluar pada hari itu kerana kami mahu masa untuk aktiviti bebas di kapal. Ada juga yang menggunakan masa ini untuk belajar lebih lagi mengenali tali dan barang. Ada juga yang menggunakan masa ini untuk berehat secukupnya. Ada juga yang bermain seperti chess , carom , PUBG , game ABC dan sebagainya. Ada juga yang menyiapkan logo , moto , dan war cry kumpulan. Aktiviti bebas ini sehingga malam. Pada malam itu tiada night duty.

10 Mac 2019 


Wakie-wakie seperti biasa. Aktiviti senaman pagi. Jam 10 pagi , kami semua bersiap-siap dan bertolak ke Air Terjun Telaga Tujuh untuk mendaki sehingga ke puncak. Setibanya kami di sana, kami lakukan warm-up dahulu. Selesai warm-up, kami ada sesi bergambar dan membuat ‘boomerang’ bersama crew kapal yang mengikuti aktivti mendaki. Ketika ini , mendaki bukan laluan tanah di hutan , tetapi menggunakan tangga yang mempunyai 300 lebih anak tangga. Jika bukan kerana motivasi dan suntikan semangat daripada rakan , mahu putus asa di awal pendakian kerana track bukit itu sangat pacak. Memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang sangat kuat. Apabila tiba di puncak , kami dapat lihat Cable Car daripada jauh dan lautan yang luas terbentang lagi indah. Kami luangkan masa yang lama di puncak santai-santai. Pendakian sehingga ke puncak mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jam 12.30tengahri kami memulakan pergerakan turun. Apabila turun mengambil masa sekejap sahaja berbanding pendakian ke puncak. Tiba di kaki air terjun telaga tujuh , kami santai-santai lagi sehingga bas Navy sampai untuk pergerakan pulang ke kapal. Sampai di kapal , kami diberi masa untuk bersiap-siap kerana diberi pelepasan lagi untuk keluar ‘outing’ di sekitar Langkawi. Kami dilepaskan dan mesti pulang ke kapal sebelum jam 11 malam. 



Pada hari itu , kami diturunkan di HIG complex iaitu Haji Ismail Group shopping complex. Di situ , kami semua shopping chocolate banyak sangat. Sampai penuh bonet kereta. Jam 4 petang. Ada yang pulang awal ke kapal dan ada yang teruskan bersiar-siar. Saya pulang ke kapal dan berpeluang memancing bersama rakan KLD. Hobi dia memang memancing dan dia sempat mengajar saya cara-cara memancing. Ketika itu kami hanya memancing di tepi jeti. Saya hanya cari kan umpan iaitu ikan-ikan kecil untuk dia. Sempat juga saya dapat dan lihat ikan duri untuk pertama kalinya. Rakan saya mengatakan bahawa ikan itu beracun durinya dan sangat berbahaya jadi terus dibuang semula ikan itu ke laut.
Menjelang malam , kami melakukan aktiviti bebas lagi sesama kami. Ada yang bermain chess , carom , bersembang dan memancing serta tidur berehat.
Sehingga jam 11:30 malam. Selepas itu lampu di bahagian deck tengah dimatikan menandakan waktu tidur. Tetapi tak tidur juga , berborak sampai rasa mengantuk.

11 Mac 2019
Wakie-wakie. Hari terakhir kami di pelabuhan Langkawi. Jam 7 pagi kami lakukan senaman pagi dan warm-up kerana akan ada perlawanan persahabatan antara pasukan crew kapal dan trainees. Kami berlawan permainan bola tampar dan futsal sahaja. Untuk bola tampar , pasukan trainee lelaki telah memenanginya dan untuk trainee wanita awal-awal sudah kalah lawan dengan team crew kapal lelaki. Untuk futsal , team crew kapal telah memenanginya berlawan dengan team campuran trainee. Saya ketika itu hanya mampu menjadi ketua untuk team sorak. Pada mulanya saya agak janggal untuk mulakan sorakan tetapi mendapat sokongan daripada team yang menyaksikan perlawanan pada ketika itu. Saya agak bangga pada ketika itu apabila tepuk sorak yang saya buat ketika itu menjadi tersemat di minda dan hati mereka. Hanya guna dua jenis tepuk sorak ketika itu iaitu :


                1) G double O D J O B . Goodjob goodjob goodjob.
                2) it’s ok it’s alright , come on baby fight fight fight.



Pada ketika itu tidak tahu kenapa saya rasa yakin untuk bersorak walaupun team saya sudah penat untuk sahut. Team crew kapal sungguh rasa tercabar kerana mereka tiada team sorak. Tapi seronok sangat ketika itu kerana perlawanan itu pun sekadar suka-suka antara anak-anak kapal. Habis kesemua perlawanan sekitar jam 12 tengahri , kami pulang ke kapal dan terus membuat persiapan untuk berlayar. Jam 12.30tengahari air sudah pun ditutup dan dilarang untuk mandi kerana perlu berjimat air. Semua anak kapal perlu memakai baju rasmi perlayaran KLD Tunas Samudera.

Jam 1 tengahari , kapal bersedia untuk berlayar. Tali-tali kapal dilepaskan dengan bantuan pegawai TLDM yang bertugas di Jeti Langkawi. Seperti biasa , prosedur apabila hendak berlayar , kesemua anak kapal perlu berdiri sedia di sekeliling Upper Deck dan memberikan tanda hormat pada pegawai-pegawai TLDM berdekatan dengan kapal. Akan ada anak kapal meniupkan wisel ‘piping’ untuk berkomunikasi dengan kapal menandakan kapal hendak berlayar. Selesai semua proses naikkan sauh , naikkan tali , gulung tali , kapal bergerak dan teruskan perlayaran ke Pulau Beras Basah.

Perjalanan ke Pulau Beras Basah memakan masa sekitar 2jam. Kami tiba di sana sekitar jam 3 petang. Tiba di sana , anak kapal perlu menjatuhkan sauh kerana akan tidur semalam di Pulau Beras Basah. Selepas itu kami semua diminta untuk bersedia untuk aktiviti ‘Water Confident’. Jam 4 petang aktiviti dimulakan dengan terjunan daripada beberapa anak kapal (PTI) yang terjun daripada layar Course ke laut. Selepas itu baru lah semua trainees terjun daripada bahagian ‘Boss Pride’ ke laut. Semua trainees perlu memakai Life Jacket jika rasa tidak yakin dan tidak pandai berenang.

Kenangan ketika ini adalah untuk pertama kalinya saya yakin untuk terjun ke laut tanpa Life Jacket. Terjunan pertama saya tidak yakin. Saya memakai Life Jacket dan mengambil masa juga untuk terjun kerana takut nampak tinggi sangat jarak dari Boss Pride ke laut. Kemudian saya terus terjun dengan menutup mata. Apabila dah terjun , saya rasa sangat seronok dan tidak puas kerana memakai life jacket. Saya lihat ada perempuan yang berani terjun tanpa life jacket , kenapa tidak saya ? jadi , saya minta izin tuan untuk terjun sekali lagi tanpa memakai life jacket. Pada ketika itu seronok memang rasa seronok tetapi debaran itu hanya Allah sahaja yang tahu kerana pertama kali terjun tanpa life jacket dan kemahiran berenang cuma tahap asas. Tapi saya beranikan juga terjun dan akhirnya ya , sangat seronok dan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Selepas terjun , crew kapal akan bantu untuk apungkan diri di dalam air laut. Jadi masih rasa selamat apabila ada crew kapal yang memastikan keselamatan kita terjamin.




 



Selepas selesai semua anak kapal melakukan terjunan, kami semua dibawa menaiki Gemini Boat ke tepian pantai Pulau Beras Basah. Pada ketika ini suatu perkara yang menghiburkan hati saya adalah , ada seorang rakan KLD Chinese. Dia sanggup ke galley(dapur) ambil roti banyak-banyak untuk beri ikan makan. Dia ambil roti sorok-sorok kerana dia takut tuan tak bagi bawa , dia sanggup sorokkan roti itu di dalam baju , di dalam poket. Akhir sekali ada seorang tuan nampak dan tuan itu tidak marah pun malah digelakkan. Saya juga turut terhibur ketika itu. Kami antara peserta terakhir naik Gemini Boat untuk ke tepian pantai pulau. Sampai di jeti , kami beri ikan makan. Agak menggelikan tetapi rasa dia seronok apabila jari dan tapak tangan digigit oleh anak-anak ikan di situ. Selesai beri ikan makan , kami terus ke tepian pantai dan bebas bermandi manda. Sempat juga kami sesi bergambar dan sesi berzumba. Sehingga jam 6:30 petang kami beraktiviti air , kami pulang ke kapal semula menaiki Gemini Boat. Pada ketika itu kesian saya lihat mereka yang kakinya terkena duri landak laut. Ia bahaya dan boleh bernanah jika tidak dikeluarkan durinya. Kami terus bilas badan tukar pakaian dan bersiap-siap untuk solat. Kami tidak dibenarkan mandi walaupun badan sudah terkena air masin kerana perlu jimat air. Jika berlayar , tak mandi dan badan melekit itu biasa. Kena pandai survive jaga penampilan diri walupun tak mandi. Pakai sahaja lah minyak wangi banyak-banyak.


Malam itu , aktiviti kami adalah pembentangan moto , logo dan War cry kepada juri-juri pertandingan mencipta moto , logo dan War cry. Saya dan Azahari adalah sama kumpulan iaitu kumpulan Awasan Putih. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Awasan Merah. Selesai acara perbentangan itu sehingga jam 12 malam. Kami dibenarkan untuk tidur. Akan bertukar-tukar ikut giliran untuk Night Duty.

12 Mac 2019 
Wakie-wakie. Aktivti zumba pagi. Jam 8 pagi , crew kapal menaikkan sauh dan kapal meneruskan pergerakan perlayaran ke Pulau Pangkor pula.
Dalam perlayaran , berlangsungnya pertandingan ikatan tali. Pertandingan ini antara kumpulan awasan tetapi secara individu. Pertandingan ikatan tali telah dimenangi oleh kumpulan awasan putih. Selesai itu, kami makan tengahari dan solat.
Pada belah petang pula ada pertandingan Membuka dan Menggulung Layar. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Awasan Biru.



Pada belah malam pula , aktiviti ‘General Drill’. Ia adalah aktiviti mencari barang yang tidak terlibat dengan kapal. Aktiviti adalah sekadar suka ria antara kami. Contohnya perlu mencari duit 5sen sebanyak 3 keping , mencari uban 7 helai , mencari petugas kapal , mencari crew yang ada rokok daun , mencari kasut jenama Adidas yang bertali merah , mencari kasut berwarna merah pink hijau. Akhir sekali , setiap awasan perlu memilih seorang ahli dan pakaikan costume hero movie serta lakonkan aksi yang ada dalam movie itu. Kumpulan saya dan Azahari iaitu Awasan Putih telah memilih seorang ahli kami yang indian boy untuk menjadi watak movie ‘Wakanda’ dan tidak sia-sia. Kami menang pertandingan ini. Hero-hero yang mewakili setiap kumpulan awasan sangat menghiburkan malam kami dengan aksi dan lakonan lucu mereka. Selesai aktiviti itu sehingga jam 11 malam , Duty and Pipe Down. Giliran Night Duty mengikut giliran awasan. Kapal telah berlabuh di perairan Pulau Pangkor pada jam 2pagi.

13 Mac 2019
Wakie-wakie. Aktiviti pagi dan sarapan.
‘Happy Hour’. Semua anak kapal perlu bersihkan kapal , kemas mass dan susun semua peralatan dalam kapal dengan cantik.



Selesai itu , aktiviti Maning Yardam pula iaitu memanjat layar. Kami diberi peluang untuk memanjat layar sehingga layar Top Gallant. Rat line paling tinggi diberi pada seorang peserta perempuan dari awasan merah dan seorang peserta lelaki awasan merah. Layar Top Sail pula diberi pada Awasan Biru dan Layar Course pula diberi pada Awasan Putih.









Pada petang , kami diberi kelas untuk kenal barang dan tali lagi. Ada juga yang diberi peluang untuk berehat dan berbincang untuk persiapan untuk Majlis Makan Malam Akrab.
Menjelang malam , aktiviti pertandingan Mengenal Barang dan Tali. Kami perlu mencari barang dan tali, tunjuk barang yang diminta kepada juri. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Awasan Putih.

Jam 11 malam ‘Duty and Pipe Down’. Waktu tidur tetapi tidak semua peserta terus masuk tidur. Peserta diberi peluang untuk menambahbaik War Cry kumpulan dan berfikir tentang persembahan yang mewakili awasan pada Malam Akrab nanti.

14 Mac 2019
Kapal tiba dan berlabuh di perairan Lumut. Wakie-wakie. Aktiviti senaman pagi dan sarapan.
Aktiviti Maning Yardam. Memanjat layar lagi mengikut susunan semalam. Sesi bergambar. Selesai aktiviti itu , kami ada pertandingan “Bosun Call”. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Awasan Merah.

Pada petang , kami diberi masa untuk membuat persiapan untuk Malam Akrab. Kami berlatih tarian untuk persembahan kesemua peserta Voyage 385/19. Berlatih persembahan daripada setiap awasan masing-masing dan membuat persiapan backdrop untuk majlis Malam Akrab yang akan diadakan pada malam 14hari bulan itu.

Jam 7 malam kami diberi masa untuk bersiap dan berdandan untuk Majlis Malam Akrab itu. Tema Malam Akrab untuk Voyage 385/19 adalah ‘Biru’. Kesemua crew dan trainee perlu memakai pakaian yang bertemakan biru. Majlis ini diadakan bagi meraikan malam terakhir pelayaran di atas kapal. Majlis ini merapatkan lagi hubungan antara crew dan trainee dan membuatkan kesemua trainee rasa tidak mahu pulang. Sedih kerana keesokannya adalah hari terakhir berada di kapal.

Pada Majlis Malam Akrab ini sepenuhnya diatur oleh peserta Voyage 385/19. Majlis ini dirasmikan oleh KDR MOHAMAD NOR BIN OTHMAN TLDM. Majlis bermula jam 8:30 malam. Dimulakan dengan pembentukan kumpulan untuk game. Setiap kumpulan terdiri daripada crew dan trainee bercampur. Ada 5 kumpulan dan satu kumpulan ada lebih kurang 7 hingga 10 orang. Selesai terbentuk kumpulan , persembahan dimulakan dengan persembahan Awasan Biru.

Selepas itu ada game antara kumpulan. Banyak game yang telah diadakan hasil idea oleh trainees. Dilakukan selang-seli dengan persembahan oleh setiap awasan. Game yang diketuai oleh saya (Suria) adalah game ‘Uji Deria Anda’. Game ini , saya menyediakan 6 jenis bahan yang boleh dirasa menggunakan lidah dan peserta yang rasa bahan tersebut perlu memberikan jawapan kepada saya apakah nama bagi bahan itu. Game kedua yang saya kawal adalah game “Radio Rosak”. Game ini adalah game yang terakhir pada malam itu. 

Game ini memerlukan kesemua ahli kumpulan untuk sertai. Mereka perlu membuat barisan dan menghadap arah berlawan dengan orang pertama. Saya akan memberikan gaya atau pergerakan pada orang pertama dan orang pertama perlu sampaikan pergerakan itu pada orang kedua dan orang kedua perlu sampaikan pada orang seterusnya sehingga lah sampai ke orang yang terakhir. Sampai pada orang terakhir , dia perlu tunjukkan pada saya apakah pergerakan yang dia dapat. Pada game ini , saya berjaya membuatkan semua orang terhibur sangat kerana kesemua crew dan trainee membuat gaya yang menghiburkan walaupun gaya yang saya sampaikan pada orang pertama adalah lain dengan orang terakhir tunjuk pada saya. tidak ada satu kumpulan pun yang berjaya menang untuk game ini. Semua radio rosak.



Selepas itu , ada persembahan tarian moden daripada crew kapal. Dan selepas itu , persembahan tarian juga daripada kesemua peserta Voyage 385/19. Habis tarian. Terdapat aktiviti yang diketuai oleh crew kapal. Tidak pasti apa nama aktiviti itu tetapi aktiviti itu sangat seronok dan sehingga habis basah baju penuh dengan peluh sahaja. Akan terdapat 2 orang pegang kayu , seorang akan nyanyikan lagu yang ada lirik ‘hey jalan daaa’ dan ‘patah balik’. 2 orang yang pegang kayu itu akan rendahkan kayu sedikit demi sedikit sehingga lagu habis. Lagu itu sangat lama. Bermulanya lagu, kesemua peserta dan crew perlu menari-nari melepasi kayu yang dipegang oleh 2 orang crew tadi. Apabila lirik ‘jalan daa’ , kesemua orang perlu teruskan menari kedepan dan lepasi kayu. Apabila lirik ‘patah balik’ , semua orang perlu patah balik sambil menari dan jika bertembung dengan kayu perlu melepasi kayu itu seperti gaya ‘back flip’. Aktiviti itu juga sangat memberi kesan pada kami semua kerana sedih untuk pulang.



Penutup majlis dihabiskan dengan karaoke sehingga jam 2:30 pagi. Selepas itu kesemua crew dan trainee perlu kemas dan bersihkan persekitaran kapal. Basuh kesemua bekas makanan. Buang sampah dan sebagainya. Malam terakhir kami rasa seperti tak mahu tidur. Kami habiskan masa berborak sakan sehingga lah masing-masing terlena. Itulah malam terakhir kami di atas kapal. Malam terakhir tidur di Upper Deck , bawah layar dan langit malam serta angin malam yang sayup.

15 Mac 2019
Wakie-wakie. Aktiviti pagi terus pada Manning Yardam. Memanjat layar sehingga ke layar Top Gallant mengikut susunan yang sudah di atur 2 hari lepas. Setelah kesemua peserta sudah bersedia dan berada di atas layar dengan baik , kapal memulakan pelayaran untuk terus memasuki pelabuhan Lumut. Semua peserta berada di atas layar sambil kapal berlayar memasuki pelabuhan. Agak gerun tetapi seronok kerana di situ kita dapat menyaksikan pergerakan kapal dari sudut pandangan atas. Semua perlu berdiri sedia walaupun berada di atas layar untuk memberi tanda hormat kepada kapal-kapal dan anggota TLDM yang berada di pelabuhan. Jam 9 pagi kapal sudah memasuki pelabuhan dengan baik. Semua peserta diarahkan turun daripada layar dan dengan pantas memasang ‘Awning’. 


Selesai memasang Awning , kami diberi taklimat untuk majlis penutup dan penyampaian sijil. Jam 10pagi majlis penutup bermula dan dirasmikan oleh KDR MOHAMAD NOR BIN OTHMAN TLDM selaku Ketua Memerintah Kapal Layar Diraja Tunas Samudera. Sedikit ucapan daripada Tuan CO dan seterusnya acara penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta. Selesai penyampaian sijil untuk kesemua peserta , penyampaian pingat pusingan pula untuk pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang perlayaran. Serta penyampaian sijil untuk peserta yang mendapat anugerah peserta terbaik lelaki dan perempuan. Selesai majlis penutup. Sesi bergambar.








Happy Hour. Sesi mencuci kapal walaupun dah nak balik. Semua peserta dan crew kapal perlu cuci deck , kilatkan ‘Twin Bollet’ , kemas mass , cuci toilet mass dan kemaskan barang-barang yang perlu. Sambil itu , semua peserta perlu kemaskan barangan dan kumpul di deck tengah sebelum dilepaskan untuk pulang. Selesai semua , kesemua peserta dilepaskan untuk pulang dan menandakan berakhirnya Program Jati Diri Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 385/19. Selain sijil penyertaan , semua peserta juga diberikan sekeping gambar sebagai tanda kenangan.


Catatan : Jumpa lagi dalam KLD Tunas Samudera akan datang jika diberikan peluang. Penulisan pengalaman - pengalaman lepas juga  bolehg dibaca menerusi pautan ini :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...