Salah satu komponen yang wajib di dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) atau The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) adalah elemen Rekreasi Fizikal. Ia lebih dikenali sebagai aktiviti sukan atau apa jua aktiviti yang melibatkan pergerakkan fizikal dan kecergasan.
Catatan kali ini memaparkan kepingan gambar dan klip video aktiviti Rekreasi Fizikal : Futsal yang dilaksanakan oleh para peserta ARPRM - DofE Tahap Perak dan Gangsa. Mereka biasanya memperuntukan sejam pada setiap petang atau secara berkala untuk berlatih dan bermain futsal di Gelanggang Futsal Felda Pemanis 2.
Bilangan yang turun bermain akan menjadi lebih ramai pada hujung minggu atau cuti sekolah. Hujung minggu di Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Semoga aktiviti riadah ini akan sentiasa diteruskan, bukan semata - mata kerana keperluan ARPRM, tetapi juga yang lebih penting adalah untuk kecergasan dan kesihatan. Kita berusaha membina remaja dan generasi aktif yang dapat menghindari dari melakukan perkara - perkara yang negatif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)