Catatan
Laporan Program Anak Muda Wawasan Lestari Daerah Segamat
Oleh Muhammad
Haffizi bin Zaini, 15 tahun
Pengalaman ini bermula apabila kami mendapat
maklumat daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis untuk mengisi borang bagi
menyertai Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah Segamat 2019.
Seramai 7 orang yang telah mengisi borang permohonan tersebut. Ia
terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Borang tersebut perlulah
diisi dengan lengkap beserta kebenaran ibubapa tanpa maklumat palsu ataupun
kesilapan tulisan.
Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL)
merupakan program anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat.
Program ini merupakan kerjasama antara Agensi Anti Dadah (AADK) Daerah Segamat, Polis
Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Segamat dan Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD)
Segamat.
26 November
2019 (Hari Pertama)
Kami bertolak ke Kolej Komuniti Segamat 2 Batu
Anam, Segamat
dengan menaiki 2 buah kereta yang dipandu oleh Encik Armizam dan Abg Azhairel
pada pukul 1
petang. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam . Apabila tiba di Kolej
Komuniti Segamat 2, kami mengeluarkan beg masing-masing dari kereta dan
mengambil gambar bersama-sama. Selepas itu , kami terus ke tempat untuk
pendaftaran peserta . Selesai membuat pendaftaran peserta kami berkumpul
sementara menunggu peserta yang belum hadir untuk berdaftar.
Selepas itu, kami
diberi sedikit taklimat dan icebreaking sepanjang berlangsungnya program Antaranya peserta tidak dibenarkan membawa barang terlarang sepanjang program
seperti rokok, vape dan wang .Fasilitator telah mengambil barang-barang tersebut
dan disimpan di dalam plastik yang bertulis nama peserta. Selepas itu, kami
diberikan fail setiap seorang peserta oleh fasilitator. Di dalam fail tersebut
berisi buku catatan , sebatang pen dan tag peserta. Selepas itu , kami bergerak ke bilik masing-masing.
Setiap bilik terdiri daripada empat orang peserta. Saya berasa gembira kerana
dapat duduk sebilik dengan rakan-rakan. Setelah sampai di bilik , kami mengemas
barang dan berehat sebentar sementara menunggu aktiviti seterusnya.
Selepas itu, semua peserta berkumpul di dewan kuliah
untuk memulakan aktiviti pertama. Aktiviti bermula dengan dikendalikan
oleh Encik
Shahezam iaitu dari MUOTRAININGdotcom. Beliau banyak memberi isi isi yang
bermanfaat dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang yang berguna. Selepas itu, kami
teruskan lagi dengan aktiviti suai kenal dan pembentukan kumpulan. Encik
Shahezam telah membuat aktiviti yang melibatkan semua peserta . Kami diminta untuk
membuat bulatan besar di dalam dewan kuliah tersebut. Kemudian, kami
perlu menunjukkan tapak tangan dan meletakkan jari telunjuk ke tapak tangan
rakan di sebelah . Selepas itu, apabila wisel ditiupkan oleh fasilitator, kami
perlu menangkap tangan rakan yang berada di tapak tangan kita sebentar tadi
dengan pantas. Sesiapa yang telah ditangkap jarinya, peserta akan dikenakan
denda dan harus keluar dari bulatan tersebut. Denda yang akan dikenakan oleh
peserta yang kalah adalah peserta perlu joget di hadapan peserta yang
berada dalam bulatan. Aktiviti ini dijalankan sehingga adanya seorang
pemenang. Aktiviti ini dapat memberi banyak manfaat kepada peserta. Antaranya
peserta dapat memberikan fokus yang baik dan manjadikan seseorang yang lebih
peka dan pantas apabila membuat satu pekerjaan. Selepas itu, Encik Shahezam
bercerita tentang pengalamannya yang pernah menjadi sukarelawan di Gunung
Ledang . Beliau menceritakan tentang sejarah Gunung Ledang.
Selepas itu aktiviti diteruskan dengan pembentukan
kumpulan. 5 peserta wanita diberi peluang untuk memilih sendiri ahli
kumpulannya. Selain itu, 5 peserta wanita tersebuat perlu memberikan sebab dan
harus yakin dengan peserta yang dipilih menjadi sebagai ahli kumpulannya.
Tambahan pula, peserta yang dipilih itu juga perlu bersetuju dan memberi sebab
untuk menjadi kumpulan tersebut. Selepas itu, kami diberi rehat selama 2 jam 30 minit untuk pengurusan
diri dan makan malam. Kemudian, kami bergerak ke kantin untuk makan malam. Setelah selesai makan
malam, semua peserta bergegas ke dewan kuliyah untuk aktiviti seterusnya.
Pengisian pada waktu malam pula adalah aktiviti
dalam kumpulan . Semua peserta dipecahkan dalam dua kumpulan sahaja untuk
aktiviti malam tersebut. Kami bermain burung, batu dan air.
Kami
dikehendaki melalui laluan yang disediakan dan perlu melepaskan diri ke tempat
lawan dengan bermain burung, batu dan air. Aktiviti ini
memerlukan semangat yang tinggi pada setiap peserta. Pada pendapat saya
aktiviti adalah salah satu
aktiviti yang seronok dan menghiburkan . Selepas itu kami diberikan sedikit
taklimat berkenaan aktiviti untuk hari kedua dan setiap kumpulan disuruh untuk
membuat 2 video semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Kampung Paya
Lang. Sebelum masuk tidur, kami bergerak ke kantin untuk minum malam.
27 November 2019 (Hari Kedua)
Pada hari kedua kami bangun seawal jam 6 pagi
untuk pengurusan diri dan menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai menunaikan
solat subuh berjemaah, kami
bergerak ke kantin untuk sarapan pagi. Selepas itu, setiap kumpulan diberi
peluang untuk berbincang tentang video yang harus dibuat. Pada pukul 8 pagi
kami bergerak ke Kampung Paya Lang dengan menaiki bas Kolej Komuniti Segamat 2.
Setelah samapai di destinasi, kami beratur mengikut kumpulan dan berjalan ke
surau Kampung Paya Lang. Sampai di surau tersebut kami diberi taklimat ringkas
berkenaan aktiviti khidmat masyarakat oleh Ketua Kampung Kampung Paya Lang. Selepas itu, kami terus memulakan
aktiviti khidmat masyarakat seperti mengemas barang-barang di dalam surau,
menyapu daun kering, mengelap tingkap, membersihkan longkang, mengangkat batu bata dan
mop lantai. Aktiviti ini dilakukan lebih kurang satu jam. Selepas itu, kami
mendengar taklimat sedikit oleh urusetia. Banyak manfaat yang diperoleh semasa
aktiviti ini dijalankan. Antaranya peserta dapat merapatkan hubungan silaturahim
dan sikap bekerjasama . Selain itu, peserta juga dapat mengisi masa lapang dengan
membuat aktiviti seperti ini . Secara tidak langsung peserta dapat menjaga
disiplin yang baik. Pada masa aktiviti gotong-royong dijalankan ada juga yang
sibuk mengambil gambar dan video untuk dihantar ke urusetia sebagai pelaporan
setiap kumpulan.
Selepas itu, kami diberikan masa selama satu jam lagi untuk mencari penduduk kampung untuk ditemubual tentang sejarah Kampung
Paya Lang sambil bersiar-siar melihat permandangan di Kampung Paya Lang. Kami
sempat menebual beberapa penduduk kampung Paya Lang yang sudah lama menetap
disitu. Ada yang tua, muda dan di kampung tersebut terdapat kaum Melayu, India dan Cina.
Kebanyakannya mengatakan di Kampung Paya Lang ini adalah kawasan banjir. Keistimewaan
Di Kampung Paya Lang ini adalah terdapat tempat untuk proses tauhu. Selain itu
, di Kampung Paya Lang ini mempunyai
banyak haiwan peliharaan . Antaranya lembu, rusa dan kuda. Selepas itu ,
kami bergerak ke bas sambil menunggu kumpulan lain.
Setelah semua peserta dan urusetia tiba di bas
kami terus bergerak ke Kolej Komuniti Segamat 2 untuk meneruskan aktiviti
seterusya . Sebelum itu kami bergerak ke kantin untuk makan tengahari. Selepas
itu, kami terus ke Dewan Kuliah untuk mendengar ceramah
tentang Pendedahan Peluang Pendidikan Latihan Kemahiran & Keusahawanan oleh
pihak KKS2. Pada masa itu, pihak KKS2 melihat keadaan kami yang penat dan
mengantuk jadi pihak KKS2 membuat satu aktiviti yang menyeronokkan . Aktiviti
tersebut ialah menari Making Melodies in My Heart . Selepas itu pihak KKS2
menceritakan tentang sejarah KKS2 dan lagu KKS2 . Seterusnya kami diberi borang
yang perlu diisi oleh peserta berkenaan kemasukan KKS2. Kemudian , semua
peserta bergerak ke 1 bilik khas di KKS2 . Di dalam bilik tersebut terdapat hasil
karya pelajar KKS2 yang menarik . Antarnya
robot sumo , keychain dan ada juga peralatan untuk memotong untuk
menghasilkan sesuatu. Peralatan tersebut dipanggil laser cutter. Selepas
itu , kami balik ke bilik untuk pengurusan diri, solat dan makan malam .
Pada waktu malam pula , aktiviti diteruskan dengan
Cerita Orang Gagal dengan kerjasama PDRM & AADK. Seorang bekas penagih dadah telah berada di dewan
kuliyah dan menceritakan tentang kisah silamnya . Beliau berasal dari Felda
Kemelah, Segamat dan terjebak dengan dadah seawal umur 17
tahun. Beliau juga pernah memasuki 2 pusat serenti iaitu di Raub, Pahang dan
di Ipoh, Perak. Beliau
juga pernah dihukum di penjara selama setahun
di Simpang Renggam dan setahun juga di Penjara Seremban di samping menerima sebatan rotan. Akhirnya beliau di tempatkan di pusat
serenti di Ipoh, Perak
dan diawasi dengan baik supaya tidak terjebak lagi dengan jenayah dadah.
Beliau juga memberikan banyak nasihat kepada kami supaya tidak menjadi beliau
yang dahulu. Antaranya, memilih rakan yang baik, saling sayang menyayangi antara
keluarga, sentiasa
menjalankan amalan yang baik dan paling penting ialah berhenti daripada
menghisap rokok / vape kerana jenayah dadah ini berpunca daripada rokok / vape.
Selepas itu kami semua bergambar bersama-sama buat
kenang-kenangan. Sebelum kami dibenarkan untuk balik ke bilik untuk tidur, kami
melihat tayangan video setiap kumpulan semasa aktiviti khidmat masyarakat di
Kampung Paya Lang petang tadi. Semasa melihat video tersebut, banyak gelagat
yang dapat dilihat seperti gembira semasa melihat habitat haiwan, perasaan duka
kerana penat berjalan satu tempat ke satu tempat dan semangat berpasukan.
Setelah menyaksikan video tersebut kami diberi taklimat ringkas berkenaan
aktiviti pada hari terakhir . Selepas itu,kami pergi ke kantin untuk minum
malam dan terus ke bilik masing-masing untuk tidur.
28 November 2019 (Hari Ketiga)
Pada hari terakhir, akan diadakan Lawatan Experience
Leaning bertempat di Pusat
Pemulihan Penagihan Narkotakik (PUSPEN), Muar dengan menaiki bas KKS2. Pada awal pagi kami
bangun untuk solat subuh dan mengemas beg dan membawa ke kereta . Selepas itu
kami berkumpul dan diberi sarapan pagi. Perjalanan ke PUSPEN
Muar di Bukit Gambir
mengambil masa dalam 45 minit. Setelah sampai ke destinasi kami beratur
mengikut kumpulan untuk mendengar taklimat khas untuk masuk ke kawasan
tersebut . Selepas itu kami berjalan masuk menuju ke dewan . Selepas itu,
pihak pengurusan melaksanakan
satu aktiviti yang menyeronokkan. Kami diminta mencari pasangan yang sama untuk
bermain aktiviti pegang, ramas, gentil dan usap. Saya rasa
aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara rakan.
Aktiviti
diteruskan dengan setiap kumpulan mendengar perkongsian pengalaman klien PUSPEN.
Setiap satu kumpulan mempunyai 3 orang klien PUSPEN. Mereka
juga memberikan nasihat yang baik kepada saya dan ahli kumpulan. Ini merupakan
kali pertama saya pergi ke pusat sebegini dan menjadi pengalaman yang patut
saya hargai. Sesi ditutup dengan rumusan daripada pihak PUSPEN Muar dan
Urusetia AMWAL. Sebelum balik ke KKS2 untuk majlis
penutupan program, kami semua bersama klien PUSPEN mengambil gambar
kenang-kenangan. Tiba di KKS2 kami terus ke kantin untuk menjamu selera.
Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah
Segamat telah berakhir dengan rasminya pada pukul 3 petang
selepas Majlis Penutup Sijil yang disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Belia
dan Sukan Johor.
Tuan Pengarah telah banyak memberikan nasihat dan amanat
kepada kami semua.
Selepas itu, diadakan sesi penyampaian
cenderahati kepada agensi yang bekerjasama dan hadiah kepada setiap kumpulan. Ia diakhiri dengan sesi
bergambar bersama urusetia. Selepas itu kami bersalam – salaman sesama sendiri
sebelum berangkat pulang. Perasaaan sedih dan terharu jelas tergambar di wajah
masing -masing . Walaupun keletihan , kami berasa puas dan gembira sepanjang
perjalanan program ini.
Pada pendapat saya , program ini dapat mengisi
masa belia di luar sana dengan perkara yang berfaedah. Selain itu,
program ini juga dapat memupuk semangat kesukarelawan dalam diri
sendiri. Banyak pengalaman dan ilmu baharu yang saya dan rakan –
rakan lain perolehi untuk dijadikan panduan pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)