Khamis, 9 Julai 2020

[506] Felo Perdana 2020 - Sesi Orientasi

Sesi orientasi Program Felo Perdana Kohort 8, 2020 telah berlangsung dari 5 - 7 Julai 2020 di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Lebih kurang 80 peserta berjaya dari lebih 1,500 permohonan yang diterima untuk kohort kali ini.












Selama 3 hari, orientasi diisi dengan beberapa slot bermakna. Antaranya adalah Parlimen, Komunikasi dan Penulisan Ucapan, Tugas dan Peranan Pegawai Khas, Akta Rahsia Rasmi dan Raptai Majlis Penyerahan Rasmi.
YAB Perdana Menteri dijangka akan menyerahkan semua Felo kepada 31 orang Menteri sekitar jam 11 pagi esok bertempat di Dewan Taklimat, Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Felo Perdana Siswa akan berkhidmat untuk 3 bulan (semasa cuti semester ini) manakala Felo Perdana Siswazah selama 6 bulan dengan elaun diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
G2 buat kali kedua berjaya menempatkan ahlinya untuk program Felo ini. Kali pertama tahun lepas dengan Suria, mahasiswa Sains Sosial (Ekonomi), USM menerusi Felo Korporat di Bousted Holding, anak syarikat Kerajaan dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Kali ini pula menerusi Hairul Asraf Abas, siswa Tahun Pertama kursus Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) UMT untuk Felo Perdana di salah satu Pejabat Menteri.
Kedua - dua mereka adalah Pemegang Emas ARPRM menerusi G2 yang aktif di dalam projek sukarelawan pendidikan, kebajikan dan pembangunan komuniti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...